Mula-mula memang seronok kerja bertimbun-timbun.Tapi lama kelamaan, mula terasa bosan dan letih. Dah hampir 8 bulan 'industrial training'di Pernec Corporation Berhad, dah bermacam-macam yang dilalui. Mula-mula masuk, bosan asyik takda kerja.. bila dah lama, banyak pulak kerjanya, terasa bosan jugak. Jurusan elektrikal dn electronik, tapi buat web development. Ada juga yang releven seperti fleet management system, rectifier, transmission, communication tower. Tapi kerja2 macam tu dah cukup untuk menjadikan aku orang penting kat Pernec. Sehari tak datang, 2 department call tanya kat mana.
Checklist semasa:
1. Halaqoh mingguan
2. halaqoh sekolah
3. Weekly Report training, dah due date.
4. Final report training
5. Web development (x tahu la bile boleh siap)
6. video rendering and editing.
7. halaqah-online.com
8. ........
Mudah mudahan segalanya dipermudahkan Allah
Wednesday, June 18, 2008
Warna Warni Kehidupan
Posted by antamuSlim at 18.6.08 1 comments
Labels: My Life's Worth
Friday, May 02, 2008
Bukan cerita penglipur lara
Pagi semalam aku pulang kerumah. seperti biasa program habis, dalam jam 1 pagi tiba di rumah. Aku terdengar bunyi bising seperti benda terbang yang berlanggar-langgar. Depan rumah ada pohon jambu air yg agak lebat. Aku dengar bunyi sesuatu bergerak didalamnya, kemudian ia keluar dan menghentam tembok rumah, dan terus terbang lg dan menghemtam benda lain. ia terbang terlalu laju. Tak tahu apakah benda tersebut. Aku agak kelawar krn gayanya yang x tahu arah tuju dan buta adlh sama dengan kelawar.
Keesokan paginya, selepas bersarapan, ummi bercakap dgnku. Katanya dia seperti dihimpit semalam, tak dpt bernafas, dan terasa amat panas sekali walaupun ummi tidur bawah kipas. katanya lagi, bila nak pejamkan mata, terasa seperti ada sesuatu yg banyak dtg kepadanya. jadi, dia tak dapat tidur. Lagi, adikku yang tinggkatan 5 cerita. katanya, ketika tidur, 2 kali dia terlihat kelibat orang di dalam biliknya.
Langsung aku teringat 'kelawar' yang kulihat semalam. biasanya kelawar dikaitkan dengan ilmu hitam. wallahu'alam. tapi kehadiran kelawar pernah terjadi beberapa bulan lepas. ia cuba utk masuk ke dalam rumah namun tak berjaya. ia terbang ke pintu waktu pintu terbuka tapi seolah-olah ada yang menghalang sehingga ia melantun balik. aku rasa ianya pasti berkaitan dgn kejadian di kampung. atukku terkena buatan orang. ada satu masa tu, di ruang tamu di kampung, terdapat seekor kelawar yg berterbangan. kemudian hilang. malam itu juga, atuk macam cacing kepanasan.
hari ini aku pulang lewat lagi. perkara serupa seperti semalam yang kulihat...
wallahu'alam.
Posted by antamuSlim at 2.5.08 0 comments
Labels: My Life's Worth
Sunday, April 06, 2008
Seekor Cicak..
Seekor cicak....
Seekor cicak membeliakkan matanya, sekejap ke kiri, kemudian ke kanan. Ruang tamu nampak sangat luas. Cicak itu merangkak di atas siling yang asalnya berwarna putih, namun kini kian pudar warnanya dimamah usia. Rumah itu rumah kampung, dindingnya kayu. Mungkin 30
tahun, mungkin juga 40 tahun. Cicak mana tahu!
Di bawah sana ada satu set kerusi rotan. Seorang tua berkopiah putih sedang duduk di atas salah satu kerusi. Kepalanya mendongakkan ke atas. Sedang berfikir gamaknya. Di sebelah kiri cicak, kipas angin berputar ligat. Debu-debu berwarna perang dan kelabu memenuhi bahagian atas setiap bilah kipas. Hanya cicak yang nampak, manusia di bawah tidak nampak.
Paradigma....
Bila diceritakan tentang paradigma, mungkin kisah yang selalu kita dengar ialah berkenaan seorang bapa yang membawa anak-anaknya yang ramai menaiki keretapi (sesetengah riwayat menyebut subway - "tube" bagi orang London). Semuanya kecil-kecil, apabila berada di dalam
keretapi masing-masing bermain dengan rancak sekali sehingga mengganggu penumpang-penumpang yang lain. Bapanya selamba sahaja, tidak berbuat apa-apa sehingga penumpang-penumpang berhampiran berasa tidak senang sekali.
Setelah berlarutan beberapa lama, salah seorang penumpang memberanikan diri untuk bersuara meminta bapa budak-budak tersebut menegur anak-anaknya. Si bapa menjawab, ibu kepada anak-anak ini baru sahaja meninggal dunia, saya tidak tahu bagaimana untuk memaklumkan berita ini kepada mereka. Penumpang itu terus terdiam.
Entahkan benar entahkan tidak cerita ini, namun ia merupakan kisah yang digunakan untuk menerangkan makna "paradigma". Setelah penumpang mendengar jawapan dari bapa budak-budak tersebut, "paradigma" beliau terus berubah. Asalnya dia ada rasa marah dan mempunyai tanggapan bapa tersebut tidak pandai menjaga anak-anak. Namun setelah diberitahu musibah yang melanda keluarga mereka, "paradigma" penumpang tersebut terus berubah, lantas menghasilkan rasa simpati kepada bapa dan anak-anak yang baru kehilangan orang tersayang.
Dulu-dulu jika ingin memandu menuju ke sesuatu destinasi yang belum pernah kita pergi, biasanya kita akan mendapatkan peta destinasi tersebut. Jadi kalau nak meninjau Edinburgh, kenalah ada peta bandaraya Edinburgh. Namun ada juga orang yang tersilap, mungkin nak
cepat, atau tak baca betul-betul, lantas tersilap ambil peta bandaraya lain. Hmmmm...padahlah jawabnya kan, tentu tersesat! Kalau yang pakai peta yang betul pun boleh tersesat inikan pula peta yang memang sah silap. Penyelesaiannya tentulah dengan mendapatkan peta yang betul, atau tanya orang tempatan.
Ringkasnya...
1) Pandangan dengan mata cicak betul, pandangan dengan mata pak cik yang termangu di atas kerusi di ruang tamu pun betul juga. Maknanya, kedua-duanya betul. Maknanya juga, mungkin ada dua penyelesaian atau lebih dari itu untuk sesuatu permasalahan. Lumrahnya, kita manusia akan sentiasa guna mata "pak cik". Namun mungkin ada masanya perlu juga cuba tengok dari pandangan mata "cicak".
2) Penilaian kita terhadap seseorang atau sesuatu perkara pula selalunya berdasarkan persepsi dan tanggapan kita terhadap individu atau perkara tersebut. Ada kalanya persepsi kita betul, tidak kurang kerapnya juga persepsi kita salah. Lantas kita diseru untuk salamatul sadr (berlapang dada) dan bersangka baik. Mengorak selangkah lagi, seek to understand...
3) "Peta" kehidupan yang betul pula sangat penting untuk memastikan kita sampai ke destinasi yang diidamkan. Orang beriman sangat beruntung kerana peta kehidupan kita cukup jelas dengan panduan Al-Quran dan Sunnah. Kita dibimbing dengan kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-orang bertaqwa (Al-Baqarah:2).
Posted by antamuSlim at 6.4.08 0 comments
Labels: My Life's Worth, Story Telling, Tazkiyatun Nafs
Wednesday, February 27, 2008
aku tidak dilahirkan buta,
aku tidak bisu,
aku ada tangan,
aku ada kaki,
aku cukup anggota sifat.
tapi aku kurang bersyukur,
aku tidak selalu melihat ayat2 Allah,
aku sangat jarang berzikir,
aku sedikit bersedekah,
aku malas ke masjid,
aku punya ayah,
aku punya ibu,adik,
tapi aku kurang bersyukur,
aku kurang berbakti pada keduanya,
aku punya wang,
aku boleh pergi kemana saja,
aku boleh makan apa saja,
aku minum apa saja,
tapi aku kurang bersyukur,
aku berkira untuk berinfaq,
aku sering merasa tidak cukup,
aku punya otak bijak,
aku belajar di universiti,
aku cemerlang dlm akademik,
aku punya badan sihat,
tapi aku kurang bersyukur,
aku punya rumah besar,
aku punya kereta,
aku punya motosikal,
tapi aku kurang bersyukur,
aku punya perancangan yg rapi,
utk 5 tahun akn datang,
aku nak jadi billionaire,
aku akan buka syarikat besar,
anak ramai,
tapi aku sering lupa,
itu hanya sementara,
jalan itu belum pasti,
dan aku selalu lupa,
aku punya jalan yang pasti,
jalan ke padang mahsyar,
hari dimana amalanku ditimbang,
sejauh mana kejayaan keimananku,
bukan duniaku..
Posted by antamuSlim at 27.2.08 0 comments
Labels: My Life's Worth, Tazkiyatun Nafs
Tuesday, February 12, 2008
Andai diri terasa lemah
Bangun munajat pada Allah...
Dengan izin-Nya...
Yang lemah menjadi gagah...
Yang sedih menjadi ceria...
Yang resah menjadi tenang...
Sedikit pengorbanan selamanya terasa...
(^_^)
Posted by antamuSlim at 12.2.08 0 comments
Labels: Dakwah dan Tarbiyyah, My Life's Worth, Tazkiyatun Nafs
Monday, February 11, 2008
Bergunung manapun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa.
Segagah manapun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.
Secantik manapun rupa nan ayu, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.
Setinggi manapun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman didada.
Melangit manapun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.
Sealim manapun warak, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.
Posted by antamuSlim at 11.2.08 0 comments
Labels: Dakwah dan Tarbiyyah, My Life's Worth
Sunday, February 10, 2008
Bila aku jatuh cinta
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Posted by antamuSlim at 10.2.08 1 comments
Labels: Cinta, My Life's Worth
Friday, September 21, 2007
Alhamdulillah
Blog sudah kembali ke bentuk asal. Mencuba-cuba untuk menukar design blog, tapi lain pula jadinya. CSS jadi berterabur, font x boleh di edit, font tiba2 jadi besar dll masalah lg. Tapi alhamdulillah setelah bertungkus lumus memahamkan struktur XML template new blogger ni, akhirnya berjaya membaiki template yang rosak.
Lepas ni kena cuba buat template sendiri pulak.
Posted by antamuSlim at 21.9.07 0 comments
Labels: My Life's Worth
Tuesday, September 18, 2007
Orang Kata, Atuk Kata, Aku rasa...
ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA.. err..betul jugak tu..
Posted by antamuSlim at 18.9.07 0 comments
Labels: Dakwah dan Tarbiyyah, My Life's Worth, Tazkiyatun Nafs
Monday, January 29, 2007
Friday, January 19, 2007
Pakcik Sabidi
Pulang dari UITM singgah sekejap di gerai satay pakcik sabidi. jam waktu tu 11.30 malam. Tiba2 rasa lapar. Sampai di gerai pakcik tu tengah tidur jadi dikejutkan. minta dia satay 10 cucuk. sementara menunggu satay masak sembang sekejap dengan pakcik sabidi. walaupun sekejap, perkara yang disembangkan sangat amat bermakna. bermula dengan menanyakan sekolah anaknya sehingga bagaimana dia boleh menghafal al-Quran. Bacaan qurannya sangat bagus. katanya
"saya bukan apa, anak saya sekolah rendah hidayah, kadang2 saya malu dgn anak saya sendiri, saya dah mula menghafal waktu umur 25 taun lepas tu tinggal! sekarang baru nak sambung balik".
kadang2 beliau melantunkan ayat2 suci al-quran. satu perkara bermain mian di kepala. seorang penjaja satay berkeluarga besar boleh bersyukur dengan seadanya malah begitu komitted dalam mengenal al-quran mengapa seorang mahasiswa ipt yang berbiasiswa gagal berbuat demikian? malah sering melakukan maksiat.
menurut beliau jualan x berapa laku. tapi beliau begitu senang sekali tanpa keluh kesah. yakinnya rezki daripada Allah. begitu senang diuji oleh Allah. katanya
"kita ni makin buat baik makin kuat diuji? mana ada orang buat baik hidup senang lenang?" subahanallah.. benarlah firman Allah.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)
wallahu'alam
Posted by antamuSlim at 19.1.07 0 comments
Labels: My Life's Worth, Story Telling
Wednesday, October 04, 2006
Kisah di Tengah Malam
"Oi.. bangun.. makan sahur. ini barang yang kau kirim. terlepas pulak karang." wahid menyergah.
"Aduh.. ngantuknya! letak la atas meja tu. nanti aku makan," aku membalas.
Wahid beredar dari bilikku. Aku mencari-cari telefon bimbitku. Jam di telefon bimbit ku menunjukkan jam 3 pagi. Waktu kebiasaan aku bersahur. Lantas aku bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk menggosok gigi. Seusai sudah membersihkan diri, aku menghamparkan sejadah di sudut bilikku lalu langsung mengerjakan solat sunat.
"bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)," (73:2)
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (73:6)
sdasdMudah-mudahan sedikit usahaku ini menjadi amalan yang berguna di hari akhirat. Selesai solat, aku membuka bungkusanku. Malam itu aku mengirim nasi lemak kepada wahid. Tapi entah mengapa ada satu roti telur bersama-sama dengan nasi lemak. Tanpa berfikir panjang, lantas aku menghabiskan kesemuanya.
Perut berbunyi riang, tiba-tiba teringat rakan sebilik. Aku terlupa dia ada memesan mee goreng sitchick.
"Abang su, bangun! sahur! pukul 4 dah ni." jeritku.
"Uaahhh.. " Abang su menguap dan kemudian tidur kembali.
"Ish.. susah betul nak kejut budak sorang ni." ngomongku sambil menggongcang badan Abang su.
"Pembaris mana? pembaris..." Abang su tiba2 bertanya soalan pelik.
"Pembaris apa?" aku bertanya penuh kehairana.
"Cuba tengok kat situ."
"Pembaris apa? abang su mengigau ke?"
Abang su menggeleng kepala dan tersenyum. Sejurus selepas itu dia tidur kembali.
Keesokan harinya..
"Apasal hang tak kejut aku malam tadi? habis burn mee goreng aku!". Abang su tiba2 meninggikan suara ke atasku yang baru bangun tidur.
"?????.. hehe" gelakku dalam hati.
p/s: kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Posted by antamuSlim at 4.10.06 0 comments
Labels: My Life's Worth
Sunday, October 01, 2006
Malam Ramadhan yg penuh barakah. tapik..
1 Oktober 2006
Pkul 1 lebih am
Sport Complex University Technology of Petronas
Tibe2 pintu bilik kene ketuk. pastu pg la bukak pintu, dan tibe2 lg member tu suh pegi ambik gamba orang main futsal kat atas court tenis. katenye nak bubuh dlm manifesto pilihan raye. x lame lg akan berlangsung election yang paling hangat dlm sejarah utp nih... haq melawan batil. pastu aku pun pegi la.. tp kamera xde. pg bilik member sat ambik kamera pastu trus ke court tenis. sampai2 skali xde orang futsal.. agak kecewe la jgk.. turun naik tangge carik kamera.
time to go back.. tp rase pelik skit.. kat parking lot sport complex yg kosong tu ade satu motor n satu kete kancil slain kete proton iswara aku. very2 wonder oo... nak kate orang main bola.. gelap gulita. dlm pale otak pk ni sure ade org tengah dating. utk memuaskan hati pg la jenguk sat.. dr kejauhan dalam kegelapan malam ramadhan, ternampak 2 kapel.. satu x pakai tudung.. satu lg pakai tudung! malas nak kacau yg x pakai tudung.. assume org kapir.
pg kat yg pakai tudung.. korang tau ape yg aku nampak? lbh kurang la mcm kat 'lubuk tupah'..
tu la die gaye kasanova utp... dgn rase bersalah aku mendekati kapel ni.. lalu berlakulah conversation yg panas.
aku: assalamualaikum.. buat ape tuh?
kapel tu tergamam.. ye la tibe2 ade org menyape dlm gelap..
aku: buat ape ni?
skali tgk muke laki tu budak turkmenistan. aiseh.. kene speaking plak.
aku: what r u doing here?
turkmen: what do u mean doing? why are u here?
aku: are u married?
turkmen: i'm going to merried her (ckp dgn nada nak gaduh.. dlm hati mls nak layan.. tp die block jln aku)
aku: i'm just asking whether u're married or not? the answer is yes or no. so?
turkmen: (x tau nak jwb ape) what r u doing here? i mean is this ur job?
aku: i'm here because Allah said in the Quran: "wa laa taqrabuzzina"
turkmen: i dind't do zina!
aku: hey.. u don't understand the ayah. Allah said "and never go near zina". Allah does'nt said "and don't do zina"!.
turkmen: hey.. i don't want to make trouble with u...
dan seterusnye.. rasenye x pentingpun lepas tu.. 2 things I want to highlight here.
1. Kenape perempuan melayu Islam, yang berhijab, dan dlm bulan ramadhan lg, tergamak buat bende mcm ni? kalau budak turkmen tu mmg la.. dah well known derang ni mmg jahil bab2 agame ni. tp bagi perempuan melayu Islam, yg dah pernah lalui proses 'pembelajaran' agame islam xkan x tahu. di manakah silapnya? pak gad utp? pak ali? mpp? harussani? atau kite sendiri. tengok kwn2 berkepit sane berkepit sini.. dlm hati rase benci! menyampah.. tp tu je la yg kite mampu buat.
2. dlm akhir2 conversation td tu turkmen tu ade menyentuh soal2 jage tepi kain orang. malas nak bagi dalil sbb bende simple mcmni budak skolah pon blh pikir apetah lg budak utp melainkan derang ni mmg keras kepale. alangkah beruntungnye kite sbb Rasulullah, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, salafus soleh, semuanya amat suka menjaga tepi kain orang. kalau mereka2 ni x suke jaga tepi kain orang, nescaya cahaya Islam ni xkan sampai kat kite. tp di zaman moden ni bende nilah yang paling orang lekehkan skali. katenye ketinggalah zaman, kolot, nak jadi ustat, kubur sendiri-sendiri dll.
wahai kawan2 ku, jomla berfikir, kalau semua org kat dunia ni jage tepi kain sendiri, ape yg akn terjadi pd bumi ni. palestin? malaysia? apakah cukup dengan hanya menuding jari? gerakah Islam x buat keje btul2.. abis tu kite ni org ape? bukan Islam ke? dan satu kene igt.. dlm Islam semua manusia tu ditanggungkan amanah yg sama! iaitu beribadah kpd Allah. xde speciality. bukan org tertentu je yg wajib menyampaikan ajaran Islam.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." 3:110
jadilah umat terbaik!
-wallahu'alam-

Posted by antamuSlim at 1.10.06 1 comments
Labels: Dakwah dan Tarbiyyah, My Life's Worth, Ramadhan
Saturday, September 23, 2006
Nafasku Masih Berjalan

hm.. jam menunjukkan pkul 3:48 minit pagi.. rase mcm malas nak tidur.. badan letih.. balik kl dari utp.. pastu malam pg training tkd, tp xtau apsal x blh tido.. mungkin Allah nak tarik skit nikmat tido.. esok mule la pening2 kpale.. pikir punye pikir xtau nak buat ape.. so tulis la blog ni. dlm kpale otak ni nak je surf internet lg..
aku: dah kul 4.. baik solat dulu..
setan: rilek la dulu bro.. mase masih panjang.. tv x tgk lg.
aku: xde bola pon mlm ni.. tv out.
setan: surf la internet.. byk lg news ko x bace, technology brief lg, bkan sng nak dpt connection laju camni.
aku: btol juge...
akhirnye aku pun tulisla blog ni hasil tipudaye setan laknatullah... tp masih melawan.. itulah namenye mujahadah.. dan akhirnya Alhamdulillah.. posisi surfing internet dah diambil alih oleh tahajud.. subhanallah..
oleh itu ikhwah fillah.. dalam pada kite bersemangat menentang musuh yahudi, kuffar dll kadang kala kita terlupa musuh yang paling merbahaya.. nafsu dan syaitan. kite slalu je kalah. cth yg paling mudah.. tidur.. -end-
(Al-'Araf : 16,17)
Posted by antamuSlim at 23.9.06 0 comments
Labels: My Life's Worth

