Google

Friday, May 29, 2009

'Baitul Muslim'?? - revised

Lama bercuti dari blog, atas kesibukan tertentu, termasuk final exam yang baru habis. Rasa kaku jari jemari nak menaip panjang-panjang. Bukan tiada idea, tapi tak tahu bagaimana harus dimulakan. Satu perkara yang dari dulu menjadi persoalan saya, mungkin termasuk juga orang-orang yang mengambil berat akan hal ini.


Pernah dengar baitul muslim? bukan baitul muslim keluarga muslim yang baru nikah tu, tapi sistem baitul muslim dalam jemaah. Maksudnya ada satu badan yang menguruskan ahli-ahli jamaah yang ingin menikah, sebagai satu langkah menjaga tata tertib dan kesucian 'baitul muslim' yang bakal dibina.

Ikhwah akhwat yang ingin menikah, perlu/mesti mengisi borang, dan kemudian diserahkan pada lujnah 'baitul muslim', dan mereka ini dipasangkan mengikut kesesuaian dari segi gerak kerja, sifat dan lain-lain, kemudian ditemukan untuk berta'aruf, dengan kehadiran orang perantara.

Bunyinya nampak macam indah, subhanallah.. itulah kesucian Islam. Tapi ada satu masalah besar yang melanda lujnah-lujnah yang semacam ini, rasanya semua dapat mengagak, iaitu fenomena akhwat jauh lebih ramai yang mengisi borang berbanding ikhwah.

"Dunia ni perempuan semakin ramai, biasalah tu."

Tapi bila diteliti, dari segi pendataan, pada program-program, macam sama banyak ikhwah dengan akhwat. Tapi dimana ikhwah? Saya dah tak larat untuk berhusnu zon dengan mereka ini, kerana banyak kejadian-kejadian di depan mata saya, dan juga luahan dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Bak kata seorang makcik, yang tidak ingin dikenali, katanya "Sistem ada, tapi orang tak go through sistem. Biarlah proposal atau standard of procedure hebat macam mana pun, menang award sekalipun kalau orang tak guna sama saja macam takda. Bukan masalah sistem, tapi customer kepada sistem yang bermasalah."

Ya, bila daie sudah tidak percaya pada sistem, inilah padahnya. Sistem yang sepatutnya bertindak sebagai sebuah wasilah untuk menjaga kesucian muamalah lelaki perempuan akhirnya telah diratah awal-awal sebelum prosesnya lagi. Waktu-waktu berdakwah sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk mengisi hati dengan menghala dada pada panahan syaitan. Di kala orang mencari redho Allah, mereka ini mencari pasangan.

Mentang-mentang janji Allah perempuan baik untuk lelaki baik, lalu datanglah konsep berdakwah kerana ingin jadi baik kerana ingin perempuan baik. Itu sahaja tujuannya. Tarbiyah jiwanya entah ke mana, keaslian dakwahnya jauh menghilang, diteruskan juga kerjanya dengan hati yang penuh mengharap. Tapi bukan mengharap rahmat Allah.

"Moga satu hari nanti akan ku temui cinta itu ya Allah.."

Sepanjang masa dalam hidupnya, itulah yang menjadi moto. Lalu sama-sama kita check and balance, kalau rasa terhantuk la. Kalau tak, alhamdulillah. Selama ini bagaimana perilaku kita dalam dakwah. Hanya kita saja yang tahu siapa diri kita yang sebenar selain Allah yang Maha Tahu.

Program bercampur ikhwah dan akhwat. Meeting bersama-sama, orang tu buat lawak, si dia gelak. sms dan call itu keperluan katanya. Sebab itu saya kata menghala dada kepada panahan syaitan. Sehingga sampai satu tahap ikhwah akhwat berbalas sms bertanya khabar, wish itu wish ini memberi nasihat dan lain-lain. Katanya kalau nasihat takpa, yang tak boleh bermadu asmara. Aduh, macam babi yang dipakaikan baju ayam. Dan ada yang saya lihat sendiri di tempat belajar saya siap bertukar hadiah hari jadi.

Belum lagi dikira kommunikasi di alam maya. Friendster, facebook, blog, dan lain-lain. Katanya jadi wasilah untuk berdakwah. Tapi ternyata hanya kulitnya sahaja. Tulisan atau paparan hanya untuk menarik orang. Jauh sekali cuba untuk benar-benar ikhlas. Bila dapat komen gelak tawa, mulut jadi lebar. Bahasanya indah sekali, akhi dan ukhti. Tapi isinya bukan sahaja kosong, tapi terlalu kotor bagi diri yang menggelar diri mereka da'ie.

Bila hati dah parah, macam orang hisap rokok boleh xray, tapi hati macam ni tak boleh xray, lalu sampailah adegan lamar-melamar. Yang ikhwan seronok dan rasa sungguh lelaki dengan tindakannya melamar terus si akhwat. Si akhwat langsung dalam delima, ini betul atau salah? Lalu dengan sepenuh hati, istikharah jadi jalan penyelsaian.

Sekarang kita dapat melihat kesannya secara jelas. Sistem baitul muslim dilambaki akhwat-akhwat yang rasa dirinya tak mampu nak cari sendiri, atau rasa-rasa tak laku (i.allah lebih ramai yang ikhlas). Yang ikhwannya samada menikah dengan pilihan akal dan otak yang ditune oleh syaitan lalu selepas nikah langsung menyepi dari arena dakwah, dan ada juga yang menikahi perempuan biasa, yang dapat memuaskan nafsu pandangan matanya, dengan alasan nanti boleh ditarbiyah, tambah akhwat lagi. Dan akhwat juga terpaksa tunggu giliran di kaunter baitul muslim. Dua-dua terkena tempiasnya.

Astaghfirullah, na'uzubillah min zalik. Mudah-mudah segala tekaan saya sekadar inferense awal yang salah. Jika betul, sama-sama kita perbaiki diri kita. Ikhlaskan niat kita dalam berdakwah. Tingkatkan amal ibadah kita. Jangan jadi orang bodoh sombong bila rasa seronok, kita terima. Bila rasa sakit terhantuk, langsung marah-marah dan terus menolak.

WA

15 comments:

Anonymous said...

Assalamua'laikum...

semoga Allah membantu hati-hati yg menginginkan-Nya (mendamba Cinta AgungNya)untk bertindak sesuatu adalah keranaNya.. terutamanya hal seperti memilih jodoh ini...

memang soal ini jgn dsampingkan.. hakikatnya cantik itu kan hilang bl tiba ms nya...

semoga kita dikurniakan teman hidup yg berakhlak mulia d sisiNya dan kuat keinginan hatinya pada Cinta terAgung Cintakan Allah, insya'Allah amin.

Wardatulislam said...

Semoga Allah sentiasa memelihara amal soleh insan2 yang sentiasa menjaga dirinya semata-mata untuk mencari redha Allah..

Bagi yang mengaku dei'e, sentiasalah menjaga niat antum dalam menjalani kehidupan.. antum mengaku menyeru orang kepada Allah.. Tapi apakah hati-hati dan amalan antum benar-benar menterjemahkan apa yang antum seru...

jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang2 yang dilaknat Allah, dalam surah As-Sof ayat 2 dan 3

"wahai orang2 beriman, mengapakah kalian mengatakan apa yang tidak kalian lakukan. sungguh besar kemurkaan Allah terhadap terhadap apa yang kalian katakan tetapi melakukannya"

Janganlah jadikan ayat ini sebagai pembantut amal, tapi sebagai pemangkin untuk kita terus ber'mal.

Teruskan usaha... Fastabiqul Khayrat!!!

~peringatan super khusus untuk diri sendiri!~

NuRizZ said...

isu yang agak kompleks. tapi huraian yang khusus begini sangat mengesankan

sistem bukan sekadar sistem, tetapi jalan untuk implementasi sitem harus 'TEGAS'. kerana wujud juga pimpinan jemaah yang tidak memberi teladan kepada yang dipimpin.kerana itu, sistem yang dipromosikan dengan maksud makruf tidak menjadi pilihan kerana pimpinan sendiri mengkhianatinya.

ana terlalu melihat, sangat kecewa, melihat penggerak dakwah memijak dakwah sendiri dengan akhlak. spesifikasi kepada ikhtilat. entah, sangat hairan. dengan tiket 'perlu berhubung kerana program' hingga menghalalkan sms kosong, jenaka buruk, YM, yahoogroup,macam2 lagi untuk sengaja mencari sebab untuk berhubung.

susah benar mahu memahamkan mereka yang 'banyak hujah'. all in all, semuanya tergambar daripada iman yang menipis. kurang sensitiviti.jiwa yang tidak responsif dengan dosa. sehingga masuk dakwah hanya untuk dapat title : " ikut jemaah".

sungguh malang!

Azila said...

salam..
sy suka baca entri ni..tahniah..
moga org2 y telah mnjadi da'i atau y ikut jemaah2 ni betulkan semula niat masing2...
ikhlas kan hati...
sy setuju dgn penulis, komunikasi d alam maya ini y dilihat semakin meluas menyebabkn ada y telah lupa ttg ikhtilat

Anonymous said...

Assalamualaikum. ye.. setuju2.

Penulisan yg tajam, shoot yg bagus. Moga terus maju dgn penulisan anda. Malah, beramal lbh laju dr kata2 dan coretan.

Abdullah said...

Slm, sekadar pandangan...Bagi Ana hal ini berkaitan terus dengan tarbiah, qudwah dan bimbingan daripada naqib dan naqibah, dan penekanan terhadap isu ikhtilat oleh mereka kepada anak buah masing-masing. Wallahu A'lam

antamuSlim said...

yup.. sangat setuju. cuma bagaimana kita mengharapkan bimbingan dari naqib dan naqibah sendiri kalau mereka pun melakukan hal yang sama? murobbi borek, mutarobbi rintik.

Jika virus ini dah menular, dan ianya dianggap seperti satu kebiasaan makanya kita boleh simpulkan keseluruhan sistem tarbiyah dalam sesebuah jemaah telah bercelaru dan porak peranda.

Anonymous said...

salam..berkesempatan ini ana ingin comment post ni.
mengikut post ni masalah murobbi/murobbiah sndr sbb berkata2 tp tdk beramal.
tp bagaimana pula klu jodoh tu mmg dgn luar j ? Afwan ana tibe2 terfikir.
Kdg2 kita merncang, manusia merancang dan mbuat plan yg terbaek tp Akhirnya Allah yg akan menentukan semuanya kn. ana percaya antum taw. Cume kt x bole blame people yg nikah luar J dan x husnuzon ngn mereka.x semestinya semua yg nikah luar j itu bhubung. Terima Qada' dan qadar. hanya sekadar mberi pndapat. jzk

antamuSlim said...

memang diakui banyak kondisi yang menyebabkan ikhwah akhwat yang bernikah di luar jemaah. ada yang betul mengikut landasan syariat dan ada juga yang menyimpang. yang dibahaskan tidak digeneralkan kepada semua yang menikah di luar jemaah. kondisi dan situasi telah di spesifikkan menjadi skop yang lebih kecil. iaitu yang menggunakan dakwah secara kotor hanya untuk mencari pasangan hidup.

harap maklum.

saya juga tidak menafikan qada' dan qadar Allah. sebagai manusia kita diberi dua jalan iaitu jalan fujur dan taqwa. tinggal kita sahaja nak memilih. (91:8) nak jadi tunggul? "oh.. nak buat macam mana, dah qada' dan qadar". Orang yang semacam ini memang tidak faham erti qada', qadar, usaha dan tawakkal.

Anonymous said...

erm ana harap xde salah phm di sini..cume x nak berfikir negative bile adanye ikhwah/akhowat nikah luar j..Afwan jika persoalan ni mnimbulkan isu yg snstf plak. Ana paham skop yg diceritakan ke arah sebahagian org.

I'Allah Allah mempermudahkan segala usaha dan urusan para ikhwah dan akhowat.

Wallahualam.

حيفا نظيره said...

Assalamualaikum..
Kecewa juga dgn isu murobbi yg tdk menjaga ikhtilat.
Btol juga bile mdengar org mengatakan org yang berkata2 akan di uji dulu.
ikhwah yang ditarbiyah lama pon masih dibelenggu masalah ini..rasanya ini bkn masalah mtrbi, murobbi sndr bmasalah.kdg2 pelik bile mtrbi sukar utk mdgr kata2 murobbi sndr.Ini disebabkan masih ade karat2 jahiliah dlm diri murobbi sndr.Bagaimana nk betolkan mtrbi if murobbi sndr bermasalah.

renungan bersama WA

Anonymous said...

Salam..
anti sangat kejam!..
buruk sangka kepada kami..
anti x faham mengapa kami susah utk mmilih kamu sebagai suri hidup kami..
kenapa?? kamu sendiri ada jawapannya...

benr kami rela memilih "perempuan biasa" berbanding kam semua..

maaf.

حيفا نظيره said...

kejam? ana x nafikan setiap perkara ade penjelasannya..x kira la ikhwan atau akhwat..klu anta bukan dlm golongan yg begitu, xpela..nape nak berkata ngn ana mcm tu sekali..post tu pon bkenaan ngn sesetengah org not all.

buruk sangka? aduh..ana xde la berburuk sangka. Ana xkn berkata bnde yg x berlaku dan harap anta phm sbb anta ditarbiyah juga.

afwan kasir

antamuSlim said...

ana x rasa post anonymous tu utk ukht hifa.. dan ana sendiri pun tak faham komen so anonymous tersebut.

mungkin dia sedang bermonolog dengan diri dia sendiri.

حيفا نظيره said...

owh ye ke? asal die kate "anti"?
aduh terkejut ana klu tu utk ana..erm smoga die phm ape mksud ana..

pening jadinye..