Google

Saturday, September 29, 2007

Wallpaper entri


2 nikmat yang sering dilupa

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

Thursday, September 27, 2007

“It doesn’t matter how you start, but how you end up”

Alhamdulillah, sudah lebih 2 minggu kita mengerjakan ibadah puasa. Ibadah yang bukan saja disyariatkan untuk ummat Muhammad, tetapi juga untuk ummat terdahulu yg punya 1 matlamat. Bukan lapar dan dahaga yang dicari, bukan riak takbur yg mahu ditunjuk, tapi redho Allah yang dinanti.

2 minggu sudah berlalu, mari kita ukur baju di badan sendiri. sejauh manakah ketakwaan kita? sudah berapa byk Al-Quran itu dibaca? jika dulu tidak rajin mengerjakan solat sunat, bagaimana pula sekarang? apakah benar kita mendidik nafsu di bulan ini? atau biasa-biasa saja.

bak kata pepatah inggeris “It doesn’t matter how you start, but how you end up”. sama seperti pelari pecut. yg diambil kira adalah keputusan yg terakhir. tiada rekod untuk kadar pecutan 2 saat terawal contohnya.

tapi, kita ini sentiasa mengalami penyakit seperti ini. memecut awal2 dan akhirnya lelah di pertengahan jalan. masjid dilihat sangat penuh pada permulaan ramadhan. dan kemudian susut secara kadar terus. hal seperti ini tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah bahkan bagindalah yg banyak sekali beribadat di 10 malam penghabisan.

oleh itu, marilah sama2 kita evaluasi diri kita. apakah amalan kita juga akan menyusut dgn bertambahnya bilangan puasa kita? jika dibulan ramadhan pun kita sudah lesu, bagaimana untuk 11 bulan yang lainnya? beristighfarlah dan memohon doa pada Allah supaya kita sentiasa beristiqamah dlm beramal.

semoga Allah mengurniakan sebenar benar ketaqwaan kepada kita.

Sunday, September 23, 2007

10 malam sudah berlalu.. tetapi masih belum terlewat

  1. Bangun malam (qiamullail) untuk melakukan solat-solat sunat seperti solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir. Paling mudah lakukan sebelum bersahur, bagun awal sedikit. Bersahur seelok-eloknya satu hingga setengah jam sebelum terbit fajar.

  1. Selepas bersahur, bersihkan mulut sebersih-bersihnya sementara menantikan azan Subuh dan kalau mampu, mandi supaya anda mulakan puasa setiap hari dalam keadaan yang suci dan bersih.

  1. Tunaikan solat Subuh secara berjemaah.

  1. Menahan diri daripada makan dan minum dan daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

  1. Membaca Al-Quran selepas solat Subuh semampu yang boleh.

  1. Menegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti berdusta, mencaci, menghina, mengumpat, memfitnah, bertengkar, menzalimi orang lain dan binatang, mencarut dan mungkir janji termasuk perbuatan-perbuatan yang makruh dan sia-sia.

  1. Berusaha untuk menunaikan semua solat fardhu dalam keadaan berjemaah.

  1. Sekiranya berkesempatan, ambillah sedikit waktu selepas solat Zohor dan Asar untuk membaca Al-Quran.

  1. Apabila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka dengan sedikit makanan seperti mengambil segelas air dan beberapa biji kurma atau buah-buahan lain. Jangan lupa untuk berdoa ketika berbuka puasa.

  1. Tunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

  1. Sempurnakan makan malam dengan menjaga adab-adabnya dan jangan mengambil makanan sehingga anda tidak mampu bangun bagi mendirikan solat Tarawih.

  1. Berehat sebentar sebelum menunaikan solat Tarawih.

  1. Solat Tarawih secara berjemaah dan pastikan solat tersebut dilaksanakan dengan penuh tertib dan sempurna, bukan dengan cara yang tergesa-gesa dan tanpa menjaga adab-adabnya.

  1. Apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, berusahalah untuk beriktikaf di masjid dan berdoa agar Allah menemukan kita dengan ‘Lailatul Qadar’ yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan. Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil dari malam ke-21 hingga malam ke-30 atau dari malam ke-20 hingga malam ke-29.

  1. Menghiaskan diri dengan sifat sabar dan berusaha sedaya upaya supaya tidak mudah marah dan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

  1. Menggunakan ruang masa yang ada untuk meningkatkan keilmuan dan kefahaman anda terhadap agama Islam.

  1. Melakukan ibadah yang diperintahkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan agar kita memperoleh sifat takwa.

  1. Memperbanyakkan sedekah dan membantu golongan yang fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan bantuan.

  1. Membanyakkan syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan selama ini.

  1. Memelihara diri daripada penyakit dengki dan iri hati terhadap sesama Muslim.

  1. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.

  1. Sekiranya mampu, jemputlah saudara-mara dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di rumah kita, kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah.

  1. Galakkan ahli keluarga untuk menyediakan tabung untuk membantu saudara Muslim yang sedang diuji oleh Allah seperti di Palestin, Filipina, Iraq, Afghanistan, Chehnya, Kashmir dan lain-lain.

Friday, September 21, 2007

Alhamdulillah

Blog sudah kembali ke bentuk asal. Mencuba-cuba untuk menukar design blog, tapi lain pula jadinya. CSS jadi berterabur, font x boleh di edit, font tiba2 jadi besar dll masalah lg. Tapi alhamdulillah setelah bertungkus lumus memahamkan struktur XML template new blogger ni, akhirnya berjaya membaiki template yang rosak.

Lepas ni kena cuba buat template sendiri pulak.

Thursday, September 20, 2007

Kenapa nak sahur?

Sahur terbahagi kepada 2 bahagian. Sahur awal dan sahur lambat. haa.. . sahur awal ni macam biasa la kan, iaitu sahur sebelum tidur. kadang2 pukul 12, pukul 1. sahur lambat pula sebaliknya. mana satu yg elok?

perut kita ni boleh kosong dalam tempoh masa 12 jam saja. sekiranya melebihi 15 jam, perut kita akn mengeluarkan asid yg boleh membahayakan kesihatan. cuba buat kira2 kalau sahur jam 12.

19 - 0 = 19 jam

lama tu. masalah ni sering berlaku kat student. derang ni sgt2 malas nak bangun sahur. kalau kat rumah xda masalah la kan.. mak bapak kejut. jd, kalau kita xnak perut kita ni dipenuhi asid, elok la sahur pd waktunya.

Wednesday, September 19, 2007

Lirih Pengungsi Di Bulan Suci


Oleh : Jajang Fadli
(Koordinator Aksi KRU)

“Lai jadi awak bali baju baru untuak rayo, Mak ?…, bisik galau seorang gadis kecil dibawah sebuah tenda darurat, didalam dekapan seorang ibu, di atas sebuah bukit, di ujung paling selatan ranah ini. Hening…. tidak ada jawaban, cuma dekapan ibu yang semakin erat pada anaknya membuat anaknya yang biasanya rewel kali ini diam seolah mengerti arti sebuah dekapan. Kembali sunyi,……..alampun seolah mengerti dengan kesedihan dua insan ini, hujan rintik dan angin yang dingin menusuk tulang membuat kedua insan ini sedikit terhibur tenyata alampun memperlihatkan kepeduliannya dengan ikut sedih dan diam dalam dingin bersama mereka.

Angin dingin membelai rambut gadis kecil seolah ingin menghibur sigadis dalam kegalauannya. Si anak berlirih,“Cubo dalam kondisi kini ayah masih ado yo mak… tantu……. “Sudah lah nak ayah lah tanang di tampek lain”, bisik si ibu di telinga anaknya. Rembesan air tenda menetes di dahi si Ibu seolah ikut berbagi dalam kenangan kesedihannya.
Si Ibu dekap anaknya semakin erat, saat ini…Cuma ini harta yang paling beharga yang dimilikinya saat ini. Kembali pikirannya melayang ke masa lalu saat suami masih disisinya, hidup terasa lebih ringan ketika berbagi bersama. Hidup menjadi terasa berat ketika suami harus pergi untuk selamanya. Alhamdullilah mediang orang yang gigih ketika pergi tinggalkan sebuah rumah yang mungil indah….. namun kini….. rumah mungil yang indah itupun ikut menjadi kenangan….. puing-puing berserakan.

Si gadis kecil benamkan wajah didada ibunya mencari setetes kenyamanan ditengah dingin yang menusuk tulang. Hatinya masih belum bisa mengerti….kenapa……, kenapa tiba-tiba bumi berguncang?, ..kenapa tiba-tiba ibu meraihnya dan berlari keluar rumah ?….. kenapa rumah yang penuh kenangan tawa canda bersama ayah tercinta kini direnggut pula darinya ?. Ditengah kebingungannya dia tertidur, seberkas senyum tergurat diwajahnya karena terasa seolah ayah kini hadir disisi mereka.

Dibalik awan sang bulan muncul dan tersenyum, seolah berkata “hai ibu selalulah bersabar, karena dibalik kesusahan itu selalu ada kemudahan….dibalik kesusahan itu selalu ada kemudahan. Rintik hujan menghilang digantikan cerahnya malam dan ribuan bintang menampakan diri seolah mereka berbagi memberikan senyumnya.
Ada ratusan, atau mungkin ribuan gadis kecil saat ini didekap ibunya dibawah tenda-tenda darurat yang lirih hatinya apakah lebaranpun akan direnggut darinya, Ada ratusan atau mungkin ribuan ibu saat ini mendekap anaknya di bawah dinginnya malam yang galau hatinya akankah ada tawa ceria buah hatinya di hari raya nanti. Ribuan bintang kembali tersenyum, dan seolah berkala ,”Ibu yakinlah…..disisi lain belahan bumi ini ada ratusan atau mungkin ribuan tangan-tangan dermawan yang akan berbagi senyum, sehingga senyum lebaran tidak akan direnggut dari wajah buah hatimu”…

Rekening Berbagi senyum untuk korban gempa pesisir selatan.

Please donate to
‘Tabung Gempa Sumatra’
Nama Akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank: Malayan Banking Berhad – 562209608847
Maklumkan kepada: Ukh Ee di Ibupejabat JIM.

Agar Selamat dan Tidak Tersesat

Agar Selamat dan Tidak Tersesat
Selalu Patuhi Rambu-rambu Jalam Menuju Surga

Download size sebenar kat sini

Tuesday, September 18, 2007

Orang Kata, Atuk Kata, Aku rasa...

ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..


ORANG KATA.. exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA.. err..betul jugak tu..

Hebatnya Ramadhan

saya dahulukan tulisan saya dengan membahaskan konsep perhitungan waktu dan evaluasi menurut al-Quran, kemudian saya akan bahaskan hakikat makna 'ramadhan' sepanjang tahun.

A. Pengertian waktu dan evaluasi

1. Perhitungan waktu berdasarkan peredaran bulan dan matahari:

"Matahari dan bulan (beredar mengikut perhitungan)" (55:5)

Dalam perkiraan pusingan bumi mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi, kita mengenal 12 bulan dlm setahun. kedua sistem perhitungan tersebut dikenal sbg Qomariah dan Syamsiah, hijriyah atau miladiah. dalam kedua perhitungan tersebut ada waktu untuk berpuasa yang ditandai dengan pegantian bulan menurut qomariyah iaitu dari bulan sya'ban hingga ramadhan.

2. Pengertian Husban, hisab dan muhasabah (evaluasi)

perkataan "husban" berasal dari istilah arab, bererti perhitungan. Itulah dalil dasar untuk menentukan awal bulan ramadhan atau bulan2 lain dgn menggunakan metod hisab. Atau dengan kata lain menentukan awal ramadhan dengan metod hisab itu adalah haq, sesuai dgn perintah al-Quran

Kemudian husban/hisab secara maknawi dapat diertikan sbg perintah untuk muhasabah (evaluasi)

3. Makna muhasabah sepanjang tahun

Bila kita rujuk kata husban tersebut sbg perintah utk muhasabah, maka itu bermakna kita harus memuhasabah diri kita pada setiap saat sepanjang tahun baik dalam bulan ramadhan atau tidak. Kerana husban yg disebutkan dalam ayat tersebut mengisyaratkan tahun baik qomariyah ataupun syamsiah dan bukan hanya bulan ramadhan.

B. Dasat Pemikiran Makna Ramadhan Sepanjang Tahun

1. Makna ramadhan yg strategik

Strategi Islam dalam menanamkan kesedaran muhasabah diri sepanjang tahun adlh dengan mewajibkan umatnya utk melakukan evaluasi rutin dalam satu bulan penuh setiap tahun, iaitu bulan ramadhan. Apabila dalam 1 bulan ini manusia berusaha bersungguh-sungguh utk evaluasi diri, membina kekuatan iman dan melawan nafsu, ianya akan dibawa utk bulan2 lainnya. kerana hidup manusia bukan hanya pada satu bulan saja. sekaligus bermakna kebaikan tidak boleh dibatasi dengan satu bulan sahaja

2. Kesan Sosial yang Diperolehi

sudah tentu kita akan bersyukur kerana bila datangnya ramadhan, orang jahat boleh jadi baik, sedekah, puasa, mengaji, sabar, sholat dll. tp kita akan lebih bersyukur bila training ramadhan itu menjadi dasar akhlaknya, sekaligus menjadi default akhlak utk bulan2 seterusnya.

Oleh sebab itu, dasar pemikiran seperti ini harus ditanamkan kepada masyarakat. Bila tidak dididik, maka kebaikan itu akan terbatas 1 bulan sahaja. sekaligus, bulan2 lainnya akan menjadi medan utk mengemplementasi perbuatan yg kurang baik dengn tanggapan bulan tersebut bukan bulan ramadhan

Bila akhlak baik ini dilakukan dengn skala sosial, sepanjang tahun, maka akan terjadi perubahan2 sosial secara signifikan. Juga tujuan latihan selama satu bulan penuh akan tercapai dgn efektif. Tatanan kehidupan yang baik pada seluruh lapisan masyarakat pun akan terwujud dengan sendirinya.

3. Ramadhan Penangkal Masalah Sosial

Hakikatnya, pokok masalah sosial adlh akhlak yg buruk. Bila makna ramadhan tidak untuk sepanjang tahun bagaimana masalah sosial dpt dikurangkan? ini juga bererti bahawa bulan puasa tidak mampu menjadi cermin bagi kehidupan sosial yg sebetulnya.

4. Ramadhan Pendidikan Kearifan

Berdasarkan pemikiran bahawa ramadhan bukan untuk kehidupan satu bulan saja, maka kita akan berubah menjadi lebih pintar dan bijaksana dalam menghadapi berbagai persoalan, masalah atau penyakit sosial. Kita akan meninggalkan segala perbuatan buruk dalam segala bentuk. Jadi bila orang yg sedang berpuasa marah kpd org yg tidak berpuasa, itukan pelik.

Kita sudah tentu tidak akan melakukan tindakan kekerasan apa saja dan pada sesiapa pun. kerana segala bentuk kekerasan tidak akan membentuk peribadi yang arif lagi bijaksanan.

Training semacam ini akan membuka wawasan kita terhadap berbagai cara untuk menghentikan berbagai tindakan maksiat secara terpelajar. Mengapa? kerana ramadhan telah mendidik kita untuk berbuat baik. Ramdhan membuat wawasan dan intelektual kita dalam mengatasi kemaksiatan dengan cara yang amat efektif.

Sunday, September 16, 2007

Kedai Buku Islam Online humairabookstore.com


Assalamualaikum smua,

this is my current project. developing a commerce website named humairabookstore.com . akan boleh diakses 1 minggu lagi insyaAllah. pengusaha kedai ni merupakan bekas pelajar UTP, senior saya. menawarkan buku2 islam dari indonesia dan malaysia pd harga yg agak murah.

antara kelebihan yg ditawarkan website ni:
1. Harga yg murah
2. penghantaran percuma untuk seluruh malaysia.

so, bookmark siap2 website ni.

Ramadhan, Model Perjuangan Kehidupan

Jangan marah, nikan bulan Ramadhan! x baik tipu bulan ramadhan! Pakai tudung la, bulan ramadhan ni! Bykkan baca quran, ramadhan! selalu bermaafan di bulan ramadhan! dan banyak lagi yg didengari yg baik bunyinya.

Tapi betul ke smua tu?

Aktiviti bulan ramadhan, adalah aktiviti model kehidupan yg terbaik bg setahun hidup kita. jadi, bila ungkapan2 seperti di atas kita jadikan pola pemikiran dan perilaku kita, maka secara logik ianya akan terbalik utk 11 bulan selebihnya. tengok ni:

Marah la, nikan bukan bulan ramadhan! bole tipu, asalkan x puasa! Buka tudung, bukan ramadhan ni! Knapa mengaji, bulan ramadhan ka? mintak maaf bulan ramadhan je la! dan lain-lain.

oleh itu, pola pemikiran seperti diatas boleh ditafsirkan sebagai pola pemikiran nilai puasa ramadhan yg terbatas 30 hari saja. dan sekaligus menyempitkan makna amal sholeh itu.

kita seharusnya berhati-hati dlm hal ini. kerana kenyataannya, pelbagai hal negatif dilakukan manusia pada 11 bulan selebihnya dan begitu pula sebaliknya, hal yg baik sering ditinggalkan di luar bulan ramadhan.

Pola pemikiran diatas telah merusak masyarakat kini x kira siapa, aspek apa pun. kadang2 nasihat diatas dituturkan kakak kepada adiknya, orang tua pada anaknya, suami pada isterinya, guru pada muridnya, dll.

Lalu timbul pelbagai pertanyaan:


1. Jadi, apa pola pemikiran yg sebenarnya?
2. apa makna ramadhan itu sebenarnya?
3. Bagaimana al-Quran turun pada ramadhan?
4. Apa kaitan ramadhan dengan perjuangan hidup?

to be continued