Google

Monday, January 29, 2007

Gapailah kejayaan

Photobucket Album

Friday, January 19, 2007

Pakcik Sabidi

Pulang dari UITM singgah sekejap di gerai satay pakcik sabidi. jam waktu tu 11.30 malam. Tiba2 rasa lapar. Sampai di gerai pakcik tu tengah tidur jadi dikejutkan. minta dia satay 10 cucuk. sementara menunggu satay masak sembang sekejap dengan pakcik sabidi. walaupun sekejap, perkara yang disembangkan sangat amat bermakna. bermula dengan menanyakan sekolah anaknya sehingga bagaimana dia boleh menghafal al-Quran. Bacaan qurannya sangat bagus. katanya

"saya bukan apa, anak saya sekolah rendah hidayah, kadang2 saya malu dgn anak saya sendiri, saya dah mula menghafal waktu umur 25 taun lepas tu tinggal! sekarang baru nak sambung balik".

kadang2 beliau melantunkan ayat2 suci al-quran. satu perkara bermain mian di kepala. seorang penjaja satay berkeluarga besar boleh bersyukur dengan seadanya malah begitu komitted dalam mengenal al-quran mengapa seorang mahasiswa ipt yang berbiasiswa gagal berbuat demikian? malah sering melakukan maksiat.

menurut beliau jualan x berapa laku. tapi beliau begitu senang sekali tanpa keluh kesah. yakinnya rezki daripada Allah. begitu senang diuji oleh Allah. katanya

"kita ni makin buat baik makin kuat diuji? mana ada orang buat baik hidup senang lenang?" subahanallah.. benarlah firman Allah.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)

wallahu'alam

Wednesday, January 17, 2007

Entry for 17 January 2007

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku,

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku,
dengan rindu kepadaMu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara,
untuk bertemu denganMu...

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepadaMu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dariMu...

Monday, January 15, 2007


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan seperti satu bangunan yang kukuh" (61:4)

kadang-kadang berada di jalan da'wah terasa amat panjang dan melelahkan. perjuangan yang kadang2 tampak mustahil hasil dr hasutan syaitan. mujur ada teman2 yang sentiasa mengingatkan diwaktu gerhana. mungkin inilah hikmah berjuang dalam satu barisan. bila barisan bengkok yang di kiri dan kanan akan membetulkan yang ditengah tengah. bila terasa penat dan lelah, menumpang paut pada teman2. alangkah hikmah dan istimewanya al-Quran.

wahai teman2, ingatlah. "siapa yang bersenang senang di hari bekerja, dia akan rugi dan menyesal di hari pembahagian upah". pembahagian upah adalah padang mahsyar. penghujuang perjuangan adalah ketika sesaat kita tidak bernyawa. mungkin sekarang, esok atau lusa. bersabarlah, harapkan redho Allah segalanya akan damai.

wallahu'alam

Thursday, January 11, 2007

Cintailah Allah

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberiI penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu..

Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.

Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya (muhrim@sebaliknya), saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.

Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia.

Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."
( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."
( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )

Untungnya Orang Bercinta. Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.

Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.

Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.