Google

Thursday, July 09, 2009

Kenapa Mebaca?

Menurut manhaj jahili, suku yang di dalamnya terdapat ramai orang yang dapat membaca, maka suku itu akan dianggap sebagai suku yang terpelajar. Orang-orang yang menempuh manhaj jahili ini berpendapat bahawa membaca adalah untuk membaca dan seni adalah untuk seni.

Mereka menjadikan membaca satu tujuan, bukan sarana. Maka dari itu, mereka membaca apa yang menyenangkan dan mengghairahkan tanpa ada seleksi dan pemilihan. Sedangkan orang Islam menganggap bahawa membaca adalah sarana untuk merealisasikan tujuan, iaitu keredhaan Allah.

Dia membaca bukan supaya dapat menjauhi orang-orang bodoh, dekat dengan ulama dan menjadi pusat perhatian manusia, kerana siapa yang membaca untuk tujuan seperti ini, akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka Jahannam.

Membaca juga tidak boleh bertujuan untuk mencari-cari kelemahan, kerana hal seperti itu tidak termasuk dalam keikhlasan. Jangan membaca sesuatu yang tidak bermanfaat bagi agama dan duniamu, kerana waktumu lebih berharga dari itu.

Di antara penyakit yang melanda kita hari ini adalah mengambil sesuatu tanpa seleksi dan membaca cara dan jalan fikir orang lain tanpa kritik dan pembezaan. Hal semacam ini dalam masyarakat Islam telah menyebabkan masuknya serangan musuh-musuh Islam ke dalam pemikiran mereka, sehingga mereka tidak lagi dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Thursday, June 25, 2009

Setelah Sekian Lama Cinta Disulam

Nak dijadikan cerita, sabtu kelmarin bertandang ke sebuah majlis walimatul urus. Jiran 40 buah rumah agaknya. Tiba-tiba terpampang kad jemputan walimatul urus yang saya rasa agak mahal dengan beserta gambar pengantin sebelah-menyebelah. Megahnya majlis hanya orang yang pergi saja yang tahu. Sampai di majlis, dalam kepala memang nak makan saja dan terus pulang. Tapi ada pulak sesi memperkenalkan pengantin.

"Setelah sekian lama menyulam cinta.. tanpa diketahui keluarga mahupun media masa.. akhirnya tercapailah tujuan bergelar raja sehari"

Ada lagi yang meleret-leret sampai telinga ni jadi panas, berdesing seperti bunyi belon yang ditiup kemudian disepitkan tempat keluar angin dia dan biarkan angin keluar. Sepertinya pengantin sungguh bangga dengan maksiat yang sekian lama dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa (tapi Allah tahu, tak tahu lah kalau diorang tahu atau tak tahu Allah itu Maha Tahu).

Saya tahu perkara ini sudah terlalu banyak dibahaskan. Ada juga yang mengatakan topik ini sudah basi! (apa al-Quran itu bisa basi ya?). Tapi inilah hakikatnya, makanan yang tidak diamalkan akan basi, dan akhirnya tidak berguna. Sama juga dengan topik basi yang ini, jika hanya dibincangkan, tidak serius dalam bertindak, akhirnya akan basi juga. Bukan topik yang basi, tapi orang yang basi. Basi dalam erti kata jadi busuk, kotor, jijik dengan dosa-dosa ditambah lagi dilaknat Allah.

Mari lihat dua situasi berbeza di bawah ini.

Tujuan bercinta? untuk berkahwin. Tujuan berkahwin? untuk apa?? untuk bercinta? kan sudah basi lagi berkulat. Nak bercinta apa lagi kalau dah sekian lama bercinta. Apa kita ingat cinta ni macam borang online ke boleh di'reset' atau boleh 'clear cache'? Apa tujuan perkahwinan sebenarnya? menghalalkan apa yang haram. kita ni ingat sex saja kot benda yang haram tu. keluar dating, telefon2, sms2, teringat2, rindu2, itu semua halal lagi toyyiban lagi mendapat pahala kot?

Lihat saja sekarang ramai umat manusia yang bersunngguh-sungguh untuk menjadi raja sehari. Dah nama pun raja SEHARI, memang sehari sajalah. SEHARI saja yang indah. Bercinta bukan main, dengan harus beserta niat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut. Ni fatwa siapa pulak ni.

Bukan niat saya untuk bersikap pedas seperti ini, kerana ini memang semulajadi saya. Tapi bak kata pepatah melayu, "yang makan cili baru terasa pedasnya". Tapi kalau tiada cili macam mana nak rasa pedas?

Bandingkan dengan yang ini.

Tujuan berkahwin? untuk bercinta... sehingga akhir hayat. amin.

*Post ini lebih kepada luahan hati, kerana untuk mengharap orang-orang seperti di atas untuk baca blog saya ini mungkin sangat tipis peratusannya.

Disertakan post ini dengan lagu Menjemput Bidadari dari kumpulan Epicentrum.
Lirik boleh didapatkan di sini
http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2035/epicentrum-menjemput_bidadari.html

Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab Sesi Panas Enjin

Hampir setahun sudah berlalu, tidakkan ku sia-siakan waktu yang terluang ini seperti tahun-tahun yang sudah. Bulan rejab akan ku pergunakan sepenuhnya untuk menjana energy bagi ramadhan yang semakin hampir. Sya'ban mula berlari-lari anak sebelum maraton bulan suci nanti, bulan diturunkan lailatul qadar yang menjadi penantian dan pengharapan orang-orang mukmin.

Begitu juga aku harapkan untuk sahabat-sahabat disana, sebagai satu tanda syukur dan pengagungan kita pada Allah. Yang telah menyediakan satu ruang untuk kita bertaqarrub kepada Allah selepas setahun kita bergelumang dengan dunia yang penuh dusta ini. Subhanallah, indahnya aturan Allah untuk hamba-hambaNya.

Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan


Monday, June 22, 2009

Buku-buku untuk dipinjam

Assalamu'alaikum sabahat-sahabat sekalian, di sini ana ingin mengoffer buku2 ana untuk dipinjam. Sahabat yang duduk berdekatan sahaja yang dibenarkan untuk meminjam. Kadarnya rm0.50 sen seminggu. Bukan sengaja nak kenakan cas, cuma mengharap ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap barang yang dipinjam.

Sekali lagi, untuk yang ana kenal sahaja ya. Moga ana mendapat manfaat dari orang2 yang meminjam buku-buku di bawah. Boleh click pada gambar untuk besarkan.

Lokasi Buku: Gombak





Thursday, June 18, 2009

Menangislah Saudaraku..

Saudaraku, cubalah sekali-kali meluangkan waktumu untuk menangis kerana Allah, keraa menangis yang demikian dapat meningkatkan imanmu dan sangat baik untuk kesihatan jiwamu. Menangislah kerana dosa-dosa yang pernah kamu lakukan atau menangislah karena kurangnya ibadah dan rasa syukurmu sedangkan begitu banyak nikmat-nikmat yang telah diberikanNya kepadamu.

Atau menangislah kepada Allah kerana cintamu kepadaNya yang telah memberikan hidayah kepadamu sehingga kamu dapat merasakan manisnya keimanan dan nikmatnya beribadah kepadaNya. Atau menangislah dengan mengingat betapa air matamu dapat menyelamatkanmu dari jilatan api neraka. Kalau itu pun tidak bisa, maka tangisilah dirimu mengapa tidak bisa menangis.

Saudaraku, menangis kerana takut dan cinta kepada Allah itu dapat melapangkan dadamu, dapat mengurangi beban-beban yang menghimpitmu dan juga dapat melembutkan hati yang tadinya keras.

Saudaraku, ramai orang menyangka bahawa menangis itu menunjukkan sifat lemah dan lembik, sehingga mereka malu untuk menangis. Hal ini adalah benar jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan manusia, namun jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan Allah maka hal ini sifat yang terpuji dan dicintai Allah.




Sunday, May 31, 2009

Buku-buku Untuk Dijual - Murah kot..

Alhamdulillah, sekembali dari indonesia, dibawa buah tangan sikit, mudah-mudahan dapat mengurangkan kos perjalanan serba sedikit. Stok yang ada disertakan sekali.

1. Fiqih Dakwah, Jum'ah Amin Abdul Aziz (3 2 1 ) - RM 30
2. The 7 Islamic Daily Habits, Harjani Hefini, MA (1 copy) - RM 30
3. 60 Sirah Sahabat Rasulullah SAW, Khalid Muhammad Khalid (3 2 1 copy) - RM 50
4. Pilar-pilar Kebangkitan Umat, Prof Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali (1 copy)- RM 30
5. 35 Sirah Sahabiyah, Mahmud Al-Mishri Jilid 1 & 2 (1 copy) - RM 78
6. Pendidikan Anak Dalam Islam, Dr. Abdullah Nashih Ulwan Jilid 1 & 2 (1 copy) - RM 90
7. Memoar Hasan Al-Banna Hard Cover (1 copy) - RM40

Penghantaran PERCUMA ke seantero Malaysia

Semua buku yang dibeli akan siap dibalut dengan clear plastik, dengan balutan yang sangat kemas, dari tangan yang penuh seni. :) . Penjual adalah seorang manusia, jadi boleh deal-deal lagi i.Allah. Tapi kasihanlah juga pada manusia ini ya..

Boleh contact saya melalui ym. mhma56
*Gambar akan diupload nanti

Sementara stok masih ada

Friday, May 29, 2009

'Baitul Muslim'?? - revised

Lama bercuti dari blog, atas kesibukan tertentu, termasuk final exam yang baru habis. Rasa kaku jari jemari nak menaip panjang-panjang. Bukan tiada idea, tapi tak tahu bagaimana harus dimulakan. Satu perkara yang dari dulu menjadi persoalan saya, mungkin termasuk juga orang-orang yang mengambil berat akan hal ini.


Pernah dengar baitul muslim? bukan baitul muslim keluarga muslim yang baru nikah tu, tapi sistem baitul muslim dalam jemaah. Maksudnya ada satu badan yang menguruskan ahli-ahli jamaah yang ingin menikah, sebagai satu langkah menjaga tata tertib dan kesucian 'baitul muslim' yang bakal dibina.

Ikhwah akhwat yang ingin menikah, perlu/mesti mengisi borang, dan kemudian diserahkan pada lujnah 'baitul muslim', dan mereka ini dipasangkan mengikut kesesuaian dari segi gerak kerja, sifat dan lain-lain, kemudian ditemukan untuk berta'aruf, dengan kehadiran orang perantara.

Bunyinya nampak macam indah, subhanallah.. itulah kesucian Islam. Tapi ada satu masalah besar yang melanda lujnah-lujnah yang semacam ini, rasanya semua dapat mengagak, iaitu fenomena akhwat jauh lebih ramai yang mengisi borang berbanding ikhwah.

"Dunia ni perempuan semakin ramai, biasalah tu."

Tapi bila diteliti, dari segi pendataan, pada program-program, macam sama banyak ikhwah dengan akhwat. Tapi dimana ikhwah? Saya dah tak larat untuk berhusnu zon dengan mereka ini, kerana banyak kejadian-kejadian di depan mata saya, dan juga luahan dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Bak kata seorang makcik, yang tidak ingin dikenali, katanya "Sistem ada, tapi orang tak go through sistem. Biarlah proposal atau standard of procedure hebat macam mana pun, menang award sekalipun kalau orang tak guna sama saja macam takda. Bukan masalah sistem, tapi customer kepada sistem yang bermasalah."

Ya, bila daie sudah tidak percaya pada sistem, inilah padahnya. Sistem yang sepatutnya bertindak sebagai sebuah wasilah untuk menjaga kesucian muamalah lelaki perempuan akhirnya telah diratah awal-awal sebelum prosesnya lagi. Waktu-waktu berdakwah sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk mengisi hati dengan menghala dada pada panahan syaitan. Di kala orang mencari redho Allah, mereka ini mencari pasangan.

Mentang-mentang janji Allah perempuan baik untuk lelaki baik, lalu datanglah konsep berdakwah kerana ingin jadi baik kerana ingin perempuan baik. Itu sahaja tujuannya. Tarbiyah jiwanya entah ke mana, keaslian dakwahnya jauh menghilang, diteruskan juga kerjanya dengan hati yang penuh mengharap. Tapi bukan mengharap rahmat Allah.

"Moga satu hari nanti akan ku temui cinta itu ya Allah.."

Sepanjang masa dalam hidupnya, itulah yang menjadi moto. Lalu sama-sama kita check and balance, kalau rasa terhantuk la. Kalau tak, alhamdulillah. Selama ini bagaimana perilaku kita dalam dakwah. Hanya kita saja yang tahu siapa diri kita yang sebenar selain Allah yang Maha Tahu.

Program bercampur ikhwah dan akhwat. Meeting bersama-sama, orang tu buat lawak, si dia gelak. sms dan call itu keperluan katanya. Sebab itu saya kata menghala dada kepada panahan syaitan. Sehingga sampai satu tahap ikhwah akhwat berbalas sms bertanya khabar, wish itu wish ini memberi nasihat dan lain-lain. Katanya kalau nasihat takpa, yang tak boleh bermadu asmara. Aduh, macam babi yang dipakaikan baju ayam. Dan ada yang saya lihat sendiri di tempat belajar saya siap bertukar hadiah hari jadi.

Belum lagi dikira kommunikasi di alam maya. Friendster, facebook, blog, dan lain-lain. Katanya jadi wasilah untuk berdakwah. Tapi ternyata hanya kulitnya sahaja. Tulisan atau paparan hanya untuk menarik orang. Jauh sekali cuba untuk benar-benar ikhlas. Bila dapat komen gelak tawa, mulut jadi lebar. Bahasanya indah sekali, akhi dan ukhti. Tapi isinya bukan sahaja kosong, tapi terlalu kotor bagi diri yang menggelar diri mereka da'ie.

Bila hati dah parah, macam orang hisap rokok boleh xray, tapi hati macam ni tak boleh xray, lalu sampailah adegan lamar-melamar. Yang ikhwan seronok dan rasa sungguh lelaki dengan tindakannya melamar terus si akhwat. Si akhwat langsung dalam delima, ini betul atau salah? Lalu dengan sepenuh hati, istikharah jadi jalan penyelsaian.

Sekarang kita dapat melihat kesannya secara jelas. Sistem baitul muslim dilambaki akhwat-akhwat yang rasa dirinya tak mampu nak cari sendiri, atau rasa-rasa tak laku (i.allah lebih ramai yang ikhlas). Yang ikhwannya samada menikah dengan pilihan akal dan otak yang ditune oleh syaitan lalu selepas nikah langsung menyepi dari arena dakwah, dan ada juga yang menikahi perempuan biasa, yang dapat memuaskan nafsu pandangan matanya, dengan alasan nanti boleh ditarbiyah, tambah akhwat lagi. Dan akhwat juga terpaksa tunggu giliran di kaunter baitul muslim. Dua-dua terkena tempiasnya.

Astaghfirullah, na'uzubillah min zalik. Mudah-mudah segala tekaan saya sekadar inferense awal yang salah. Jika betul, sama-sama kita perbaiki diri kita. Ikhlaskan niat kita dalam berdakwah. Tingkatkan amal ibadah kita. Jangan jadi orang bodoh sombong bila rasa seronok, kita terima. Bila rasa sakit terhantuk, langsung marah-marah dan terus menolak.

WA

Monday, May 11, 2009

Hafal Al-Qur'an Dalam Sebulan!

Alhamdulillah,
Stok Udah KEMBALI
RM15!!


Hubungi ana melalui email mhma56@gmail.com
atau di talian 0194151055
Bagus bacaannya moga mendapat banyak manfaat dan bisa menghafaz Al-Quran


Apakah Anda sudah menyerah untuk menjadi seorang Hafidz atau penghafal Al Qur’an? Apakah Anda sudah menerapkan berbagai metode dan tips agar dapat menghafal Al Qur’an, akan tetapi Anda tidak juga berhasil?

Padahal, apabila Anda hafal Al Qur’an, Anda akan mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah, mahkota kehormatan akan disematkan dia atas kepala Anda, Anda akan mendapatkan nikmat seperti nikmat yang dimiliki para Nabi, dan mendapatkan berbagai keutamaan lainnya.

Melalui buku ini, Ir.Amjad Qosim coba menawarkan metode menghafal Al Qur’an dalam waktu yang singkat. Tidak tanggung-tanggung, hanya dalam waktu sebulan, Anda dapat mengahafalnya secara keseluruhan, jika Anda mau menerapkan metode yang ia tawarkan.

Bukan cuma para santri dan mereka yang masih muda belia, yang dapat menerapkan metode ini, siapapun bisa. Karena di dalam satu bab, penulis memaparkan tiga pengalaman yang kesemuanya adalah ibu rumah tangga, yang memiliki tugas dan kewajiban untuk mengurus rumah tangga dan mendidik anak. Dengan semangat yang tinggi dan diiringi doa, akhirnya merekapun dapat menghafal Al Qur’an dalam waktu yang singkat.

Karena begitu menarik dan pentingnya buku ini, maka kami berusaha menghadirkannya ke hadapan Anda. Semoga dengan hadirnya buku ini, kita akan terpacu lebih giat lagi untuk menghafal Al Qur’an. Selamat mengambil manfaat dari buku ini.

DAFTAR ISI

• Mukadimah
• Bagaimana Mungkin Menghafal Al-Qur’an Hanya dalam Waktu Sebulan?
• Bagaimana Cara Meningkatkan Kesungguhan dan Menguatkan Tekad untuk Mencapai Tujuan?
• Karakteristik Orang-orang yang Memiliki Kesungguhan Tinggi (Himmah ‘Aliyah)
Faktor-faktor yang Dapat Meningkatan Kesungguhan
• Pengalaman Para Penghafal Al-Qur’an yang Berhasil Mengkhatamkan Hafalannya dalam Waktu Singkat
Pengalaman Ukhti Iman
Pengalaman Ukhti Ummu Zayid
Pengalaman Ummu ‘Ashim
• Perjalanan untuk Menemukan Jati Diri
• Langkah Praktis Sebelum Memulai Hafalan
1. Mengikhlaskan Niat
2. Mengenali Karakteristik Akal manusia
3. Menentukan Tujuan
4. Mencari Motivasi yang Paling Kuat untuk Menghafal Al-Qur’an
5. Mengatur Waktu
6. Memilih Tempat yang Paling Tepat untuk Menghafal
7. Mengambil Nafas Dalam-dalam
8. Meningkatkan Konsentrasi
9. Mengulang-ulang Hafalan
10. Rutin Menghafal
11. Memperhatikan Faktor Lain yang Dapat Membantu Menghafal Al-Qur’an
• Seni Mengkonsentrasikan Pikiran
Sebelas Hambatan Konsentrasi
Lima Langkah untuk Mendapatkan Ketrampilan Berkonsentrasi
• Kiat Melepaskan Diri dari Berbagai Penghalang dalam Menghafal Al-Qur’an dan Melakukan Muraja‘ah
(Mengulang-ulang Hafalan)
• Sebab-sebab yang Membuat Para Penghafal Al-Qur’an Mampu Menghafal dalam Waktu Singkat
• Metode Menghafal Al-Qur’an
Metode yang Efektif untuk Mempertahankan Hafalan dalam Waktu yang Lama
Metode Lain yang Efektif untuk Melakukan Muroja’ah dan Menghafal dengan Cepat
Syarat yang Harus Dipenuhi
Faktor-faktor Pendukung
• Metode Muraja‘ah Hafalan Al-Qur’an
Kaidah dalam Melakukan Muraja‘ah
• Doa-doa agar Dimudahkan dan Dimantapkan dalam Menghafal Al-Qur’anul Karim
• Kata Penutu

Friday, April 17, 2009

Jiwa Rabithah yang Hilang: Sebelum Melangkah Lebih Jauh, Mari Kuatkan Ikatan Cinta Kita

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

Hadith yang di atas adalah sebuah hadith yang masyhur, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang seharusnya menggugah kita. Ia mempunyai makna agung yang menjadi landasan keimanan kita, tentang makna kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw, kecintaan satu sama lain di antara kita, dan keteguhan kita yang sangat kuat untuk tetap di atas jalan keimanan.

Tahap paling pertama yang harus tertancap dalam hati kita adalah cinta kepada Allah. Kecintaan yang menjadi salah satu unsur tujuan keberadaan kita di muka bumi, iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Pengabdian atau ubudiyah kepada Allah tak mungkin ada sehingga kita memiliki dua sifat yang saling melengkapi, iaitu sifat adz-dzill atau rendah, hina, kerdil di hadapan Allah dan sifat mahabbah atau cinta kepadaNya. Itulah yang pernah dinukilkan oleh Imam Ibnu Taimiyah ra ketika menjelaskan maksud ibadah,

"Ibadah yang diperintahkan Allah swt mengandungi makna dzill dan makna mahabbah. Yang dikehendaki oleh Allah swt adalah kemuncak sikap dzill dan mahabbah kepadaNya."
(Kitab Al-Ubudiyah, Ibnu Taimiyah)

Kerana itu Rasulullah menjelaskan dalam hadith di atas, bahawa manisnya iman itu tak mungkin dirasakan kecuali dengan mencintai Allah dan RasulNya. Itulah asasnya. Huraian Rasulullah yang lanjut dalam hadith ini semuanya kembali kepada kecintaan kepada Allah swt, sebagai landasannya. Cinta kepada Rasulullah adalah buah dari cinta pada Allah. Mencintai saudara seiman adalah buah dari cinta pada Allah. Kekuatan kita berpegang teguh pada petunjuk Allah, bertunjang dari landasan kecintaan pada Allah.

Kecintaan pada seseorang kerana Allah juga berdiri di atas prinsip kedekatan kita kepada Allah. Kedekatan Allah terpencar dari sikap menyerah dan tunduk kepadaNya. Ertinya, semakin dekat dan tunduk kepada Allah, semakin memancarlah kecintaannya pada muslim yang lain.

Kalau kita telusuri apa yang ditulis oleh Imam Ibnu Hajar ra, mengutip apa yang dikatakan Al Baidhawi, "Ketiga-tiga hal dalam hadits itu adalah simbol dan tanda yang jelas bagi sempurnanya keimanan seseorang. Kerana bila seorang Muslim merenungi bahawa yang maha memberi nikmat hanyalah Allah, bahawa tidak ada yang Maha Mengizinkan dan Melarang selain Allah, bahawa Rasulullah saw adalah nabi yang diutus menjelaskan kehendak Allah, maka buah dari itu semua adalah seorang itu tidak akan mencintai yang lain kecuali dicintai Allah. Dia tidak mencintai sesuatu melainkan kerana Allah. Dia juga harus yakin sepenuh hati apa yang dijanjikan Allah. Dia menganggap majlis2 zikir itu taman-taman syurga. Dia lalu menganggap kembali kepada kekufuran seperti menjerumuskan diri ke dalam neraka." (Disarikan dari kitab Fathul Bari Syarh Sohih Bukhori)

Lalu, yang dimaksudkan dengan "halawatul iman" dalam hadith ini adalah suasana kenikmatan, ketenangan, lapang, kesejukan jiwa yang muncul dalam diri seorang mukmin ketika dia hal-hal itu.

Perhatikanlah lebih dalam, falsafah dari kata "halawatul iman" itu. Rasa manis, enak dan lazat itu biasanya dikecap oleh lidah dari sesuatu yang lahir atau nyata. Sedangkan dalam hadith ini disebutkan untuk menggambarkan suasana hati dan jiwa kaum beriman terhadap sesuatu yang bersifat batin, tidak nyata. Bayangkanlah betapa dalamnya makna dari halawatul iman dalam hadith ini.

Dengan latar belakang makna cinta seperti itulah, do'a Rabithah menyebutkan, "hati-hati kami berhimpun dalam cinta kepada-Mu". Itu kerana kecintaan kita kepada Allah, berbanding lurus dengan perhimpunan kita dalam jalan ini, sesama saudara dalam keimanan. Selanjutnya, ungkapan "hati-hati kami berpadu dalam ketaatan kepada-Mu," bererti ketaatan kepada Allah lah yang menyebabkan semakin terikat kuatnya perpaduan hati-hati kita. Atau dengan kata lain, jika jauh dengan Allah, maka ikatan itu akan terlerai. "hati-hati kami bersatu dalam menyeru-Mu" bererti perpaduan hati kami ini juga telah terjadi kerana kami mengajak dan berdakwah untuk kembali kepada-Mu. Berdakwah menjadi syarat yang penting diperhitungkan dalam peranannya mempersatukan kita umat Islam. Amaliyah dakwah yang banyak akan semakin mempersatukan hati dan jiwa. Bila berkurang amaliyah dakwah, bererti potensi hambatan tautan hati dan jiwa akan semakin besar. Kemudian, "hati-hati kami saling berjanji untuk menolong syari'at-Mu", adalah komitmen yang sangat penting untuk menjalin kebersamaan hati dalam saling cinta, dalam ketaatan, dalam do'a, dalam janji setia demi tegaknya syariat Allah.

Benang merah seluruh teks dalam do'a Rabithah ini adalah permohonan dan pinta yang merujuk kepada al-quluub, atau hati-hati mereka yang membacanya. Dengan kata lain, seluruh permintaan yang ada dalam do'a Rabithah selanjutnya adalah rangkaian permintaan kepada Allah untuk membina hati-hati para pejuang dakwah, memberi bekal bagi hati para pejuang dakwah, dan meletakkan hati mereka dalam keredhaan Allah, hingga titik akhir kehidupan ini.

Secara tidak langsung, lafaz-lafaz itu menegaskan bahawa raabithatul qulub atau ikatan hati, jalinan jiwa, hubungan batun antara para pejuang dakwah merupakan syarat dan dasar utama yang sangat penting bagi berlangsungnya sebuah misi dakwah itu sendiri. Tanpa itu, dakwah mungkin saja berjalan, tapi akan direntangi fitnah, banyak dicemari konflik, mudah dikotori oleh perasaan mazmumah yang akhirnya menyulitkan tujuan dakwah itu sendiri.

Semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang saling mencintai kerana-Nya. Allah mendatangkan jalan keluar dari urusan orang-orang yang saling mencintai kerana-Nya, dari arah yang tidak diduga-duga. Sebelum melangkah lebih jauh, mari tumbuhkan cinta dan kasih sayang sesama kita, sesama kaum muslimin seluruhnya.

Tuesday, April 07, 2009

Tarbiyah Menuju Dunia Syurga

Tentu sudah seharusnya setiap da'ie hidup dalam kenikmatan. Kerana seorang da'ie adalah cermin dari apa yang didakwahkannya. Jika dia mengatakannya bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh penghuni alam, maka sang da'ie adalah yang pertama sekali merasakan rahmat itu sebelum orang lain. Jika dia mengatakan Islam adalah nikmat yang sempurna bagi manusia, maka sang da'ie jugalah harus menjadi yang pertama merasakan nikmat itu sebelum orang lain.

Masalahnya, ternyata belum semua da'ie mampu merasakan kenikmatan hidup seperti itu. Bahkan, tidak sedikit da'ie yang masih merasakan ibadah sebagai beban yang berat. Sementara pelbagai perkara syubhat juga masih belum dapat ditepis dari kehidupan sehariannya.

Lalu, bagaimana caranya supaya kita dapat merasakan kelazatan hidup di bawah naungan Islam seperti para sahabat Rasululullah dan yang dicontohkan para tabi'in? Tidak diragukan lagi, kita harus mampu mencapai darjat rabbani dalam kehidupan kita. Sedangkan untuk mencapai darjat rabbani kita mesti menempuh jalan ruhiyah yang terkadang sangat panjang dan melelahkan. Tarbiyah kita selama ini sesungguhnya telah membimbing kita dalam menempuh jalan itu. Tapi sayang, ramai 'jammed' di tengah jalan. Bukan dalam erti kata berhenti tarbiyah, tapi proses tarbiyah yang sekian lama ditempuh tidak membawa apa-apa peningkatan dalam darjat rabbaniyah yang signifikan dalam hidupnya. Abikatnya, tarbiyah sendiri justru menjadi beban tambahan, setelah ibadah, dalam hidupnya.

Sudah tentu, ini merupakan persoalan besar dalam dakwah kita, sehingga kita perlu memberi ruang yang lebih untuk peningkatan darjat rabbaniyah ini. Selain liqa'-liqa' rutin tiap minggu, program-program khusus seperti mukhayyam, mabit, ziarah kubur dan lain-lain sangat perlu dilakukan, mengiringi semakin padatnya tugas-tugas pengembangan dakwah.

Dalam hal ini peranan murobbi sangat penting. Mereka harus memberikan taujih atau menyampaikan bahan-bahan tarbiyah secara "menggigit". Semakin cepat perjalanan dakwah ini kita gesah, semakin kencang tuntutan "gigitan" tarbiyah yang kita perlukan.

Ya, dakwah yang menggigit. Tarbiyah yang menggigit. Itulah jawapannya. Murobbi yang mampu menghadirkan syurga dalam liqa'nya. Murobbi yang tak pernah bosan dan tak pernah kehabisan akal dalam membimbing mad'unya untuk menapaki jalan tarbiyah yang panjang ini. Dan untuk itu, semua pihak harus turun membantu, turut memberikan kerjasama dalam sinergi yang indah. Sehingga liqa'-liqa' tarbiyah menjadi taman-taman syurga bagi kita, yang insyaAllah akan sentiasa dirindu dan ditunggu-tunggu masanya.