A Kadir Jasin
PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)
Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.
Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.
“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”
Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.
Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.
Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).
(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)
Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.
Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.
Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.
Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.
Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.
Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.
Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.
Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .
Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)
Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.
Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.
Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.
Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.
Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?
Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.
Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.
Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?
Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.
Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).
Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.
Monday, June 09, 2008
Harga Minyak Malaysia Antara Yang Termahal
Posted by antamuSlim at 9.6.08 1 comments
Labels: isu semasa
Saturday, June 07, 2008
Minyak oh Minyak..
Subhallah.. harga minyak naik lagi. Dari rm.192 hingga rm2.70. Tapi xpe, naik 78 sen je. Apalah sangat, tak sampai seringgit pun. Pagi tadi isi minyak motor, biasa isi RM 5 dah cukup dah.. tinggal suku je lagi nak penuh. Tapi separuh pun x sampai, waduh2..
Kalau minyak je yang naik boleh tahan lagi. Tapi tau la kan, minyak ni sumber segala galanya. Takda minyak, kereta tak jalan, lori tak dapat nak hantar barang, perniagaan akan terbantut, ekonomi jadi lembab. Jadi, solusinya harga barang akan meningkat. Baru semalam pergi makan kat kedai greewood.. order nasi goreng paprik. dulu rm 4, skrg rm 5! roti canai tak tengok lagi, rasanya dah mencecah rm 1. Kuih dulu boleh dpt lagi 3 rm1. Sebelum minyak naik 1 kuih 40 sen. Sekarang tak tahulah pula.
Apalah nak jadi dengan Malaysia ni, negara pengeluar minyak, dan pengeksport minyak! xde pun malaysia import minyak rasanya. sangat tak logic kalau harga jualan sendiri perlu ikut harga pasaran. Tiga tahun lepas harga minyak 30usd 1 barrel. Sekarang 130usd 1 barrel. Harga kos minyak yg diproses petronas dah tentu tak berubah. utk eksport dah tentu petronas dpt untung atas angin 100usd.
Subsidi yg diberi kerajaan pun macam tak relevan je. untk kereta bawah 2000cc, rm600++ (x ingat). Bayangkan, orang kaya yg, simpan subaru impreza 2.0, mercedes compressor 2.0, corolla altis, then kereta tu pakai kadang2 je. Sbb banyak kereta. subsidi yg diorang dapat pun kali 3. berbanding dgn orang macam kita ni. Ada wira sebijik, keta tu la nak pg hanta anak skolah, nak pg kerja, nak travel, untuk emergency lagi. Macam ape je..
rasa macam agenda Pak Lah lak nak kaut untung banyak2 sebelum turun takhta.
Apa-apa pun, sebagai muslim, ambillah benda ni sebagai iktibar. Mudah mudahan dpt mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Tapi sabar2 pun tak jalan jugak, sampai bile nak sabar? 12 july ni ada perhimpunan di KLCC. jemput ramai-ramai. Untuk para da'ie sekalian, jadikn kenaikn living cost ni sbgai satu cabaran dlm dakwah kita. Travel cost dah tentu naik gila2 punya. Menuntut pengorbanan yg lebih. InsyaAllah, subsidinya biar Allah yang bayar.
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9:41)
wallahu'alam
Posted by antamuSlim at 7.6.08 2 comments
Labels: isu semasa
Thursday, April 03, 2008
Permasalahan Boikot
Pak Husin* bekerja sendiri sejak 27 tahun silam. Dalam dekad pertama,pendapatannya turun naik tidak seperti orang lain yang makan gaji dan jauhlebih selesa. Pernah bisnesnya merudum sehingga kerugian berpuluh riburinggit. Kini Pak Husin merupakan pengusaha kedai runcit kecil di sebuahpasar awam. Tahniah buat Mydin yang terang2 boikot barangan Belanda,demikian komennya. Bagaimanapun Dutch Lady, Sun Silk, Walls dll yang ada dikedainya bernilai puluhan ribu ringgit dan bukanlah suatu langkah bijakuntuk pulangkan kembali kepada pihak pemborong. Ucap Pak Husin, "manakanboleh saya dibandingkan dengan Mydin yang berpuluh kali ganda besarberbanding kedai kenit ini."
Dalam isu boikot barangan negara luar beberapa kriteria perludipertimbangkan. Ia bergantung kepada ketegori negara pengeluar barangantersebut.
1. Negara musuh 'darul harb'. Tidak ada bantahan bahawa negara haram Israeljatuh di bawah kategori ini. Mereka menggunakan kekuatan ekonomi untukmenindas, menganiaya dan merampas hak rakyat Palestin, bahkan mencemar tanahsusi umat Islam. Dalam keadaan sedemikian para ulama sekapat menganjurkansupaya umat Islam memulau barangan keluaran Israel. Bahkan saranan inidiwartakan dalam bentuk fatwa oleh setengah ulama tersohor.
2. Negara yang menyokong entiti musuh seperti Amerika. Dalam hal ini adalahsuatu yang terpuji jika umat Islam seboleh-bolehnya menjauhi produk Amerika,terutama apabila ada alternatif dari negara lain, lebih baik lagi jika adaproduk tempatan. Pilihan untuk melakukan boikot total adalah mustahil danmembebankan umat Islam. Dalam situasi tertentu terdapat barangan yang manaumat Islam terpaksa bergantung kerana tiada barangan alternatif. Kita mengambil pendirian 'buy American last' untuk menunjukkan solidariti dansokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Boikot terpilih dan dalamtempoh yang tertentu serta diwar-warkan juga adalah merupakan satu strategiyang berkesan untuk memberitahu Amerika bahawa umat Islam boleh bertindakbalas 'and hit them where it hurt them most' i.e. in their pockets. (Inipernah dilancarkan oleh PPIM dan Persatuan Pengusaha restoran Mamak dilembah Kelang di mana mereka memulau Coca Cola selama sebulan). Setengahbarangan yang melambangkan gaya hidup Amerika yang hedonis seperti CocaCola, makanan segera KFC dan Pizza Hut adalah barangan yang wajar disasarkanuntuk pemulauan. Sementara rokok iaitu penyumbang tetap kepada ekonomiIsrael melalui perusahaan tembakau terbesar dunia Phillip Morris wajibdipulau tanpa soal kerana statusnya yang sudah sedia haram pada sudut hukumsyara'
3. Situasi seperti yang berlaku di Belanda. Belanda seperti negara-negarabukan Islam yang lain tidak dikategorikan sebagai negara musuh atau negarayang menyokong Israel secara terang-terangan. Ianya 'circumstantial' danakan bangkit dari masa kesemasa kerana ditiup oleh sentimen 'Islamophobia'.Situasi ini didorong oleh individu samada pemimpin, karyawan, kartunis,sasterawan, pejuang hak asasi manusia dan sebagainya. Meskipun kerajaanBelanda dalam kes Geert Wilders tidak menunjukkan kesungguhan untuk membidasdan mengutuk tindakan Wilders yang merupakan menteri kabinet Belanda,tindakan Wilders tetap merupakan tindakan individu. Kerajaan Belanda hanyamendiamkan diri atas dasar mempertahankan hak kebebasan bersuara.
Dalam halini boikot ekonomi wajar dengan tujuan supaya individu seperti Wilders willlearn their lesson well iaitu kebebasan bersuara ada batas dan adabnya.Kebbebasan bersuara tidak boleh digunakan untuk menyerang anutan penganutagama lain. Ancaman boikot juga boleh mendorong kerajaan Belanda mengkajisemula dasar kebebasan bersuara dan meletakkan beberapa garis panduan.Ia juga boleh memaksa kerajaan Belanda menggesa Wilders untuk memohon maafdan menarik balik karya filemnya. Di samping itu kalangan masyarakat niagaBelanda pasti akan meraskan bahangnya dan akan melobi kerajaan supayaperkara seperti ini tidak berulang.
4. Isu yang dibangkitkan ialah nasib peniaga kecil seperti 'Pak Hussein'.Apa pilihan yang ada pada 'Pak Hussein'. Pak Hussein boleh mengambil langkahseperti Mydeen. Mydeen meletakkan label pada barangan Belanda dan memberikebebasan untuk pelanggan memilih untuk tidak membeli produk Belanda.Percayalah isu ini tidak berpanjangan. Seruan boikot ini bersifat sementaradan jika disambut oleh umat Islam ia akan menjejaskan ekonomi negara Belandasepertti yang pernah berlaku apabila akhbar Denmark menyiarkan kartun NabiMuhammad tidak lama dulu. Boikot jangka pendek yang dilancarkan diseluruh dunia menyebabkan beberapa syarikat multinational Belanda mengalamikerugian yang besar.
InsyaAllah, jika 'Pak Hussein' menunjukkansolidaritinya bersama umat Islam demi mempertahan maruah Rasulullullah SAWdan agamanya, Allah Ta'ala akan memberkati usaha orang-orang seperti PakHussein. 'Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan akanmeneguhkan pendirian kamu'. Soalnya apakah orang-orang seperti 'Pak Hussein'yakin dengan janji Allah. Ayuh! Pendayung sudah ada di tangan!
Posted by antamuSlim at 3.4.08 0 comments
Labels: isu semasa
Wednesday, April 02, 2008
Greet Wilders dan fitna
1. Kebangkitan Islam di eropah. Vatican telah mengakui bahawa Islam kini mengatasi bilangan penganut agama Kristian Katholik. Dengan peratus penduduk dunia sekitar 19% Islam kini meninggalkan Kristian Katholik sebagai 'single denomination' yang dianuti oleh kira-kira 17%. Realiti ini berbeza 5 tahun dahulu di mana Islam berada di belakang agama Katholik. (Namun demikian agama Kristian secara keseluruhan iaitu dgn mencampurkan pelbagai denomination ia masih agama yang mempunyai jumlah penganut paling ramai iaitu sekitar 33%).
2. Geert Wilders bukan seorang rakyat Belanda yang mewakili dirinya, tetapi beliau adalah anggota kabinet negaranya. Sehingga kini belum ada usaha yang serius dari kerajaan Belanda untuk menggesa Geert memohon maaf kepada umat Islam dan menarik balik karya sampahnya. Kerajaan Belanda tetap dengan pendiriannya mempertahankan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ini menunjukkan regim-regim di Eropah tetap merupakan penyokong kuat kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mencetuskan 'Islamophobia' yang akan menjejas
hubungan antara agama dan bangsa.
3. Berdasarkan kepada latar belakang isu ini, adalah wajar umat Islam memulau barangan Belanda yang terpilih. Penghinaan kepada Rasulullah SAW adalah satu yang cukup besar kepada umat Islam yang tidak boleh di maafkan. Tindakan memulau produk Belanda adalah paling minima yang boleh dilakukan oleh umat Islam dalam mengajar pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati prinsip hidup toleransi antara agama. Inisiatif yang diambil oleh pasaraya
Maideen wajar dicontohi oleh peniaga lain di mana barangan Belanda dilabelkan supaya pengguna boleh memilih untuk tidak membeli. Tindakan ini turut dicontohi oleh sebuah pasaraya di Sarawak (lihat Utusan hari ini).
Boikot barangan cukup berkesan dan ia memaksa setengah pihak yang berkepentingan membuat kenyataan terbuka mengutuk tindakan Geert Wilders. (Baca kenyataan Dutch Lady Malaysia dalam akhbar hari ini).
4. Tindakan Geert Wilders yang 'direstui' oleh kerajaan Belanda secara tidak bertanggungjawab adalah satu contoh permusuhan yang berpanjangan ke atas Islam dan penganutnya. Amat menghairankan Belanda dari sudut sejarah dan kebudayaannya mempunyai pengalaman yang cukup kaya berdepan dengan umat Islam sejak zaman kolonial apabila ia mentadbir Kepulauan Hindia Timur Belanda selama 350 tahun. Apakah negara-negara Eropah yang merupakan bekas
penjajah belum mahu belajar dari sejarah interaksi mereka yang panjang dengan umat Islam? Tidakkah mereka insaf bahawa umat Islam boleh ditundukkan di medan perang dan negara mereka dijarah, namun jangan sekali-kali menghina agama mereka. Bagi umat Islam, agama tiada galang gantinya dan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankannya.
5. Salman Rushdie dan mereka yang sewaktu adalah 'darling' of the west. Mereka adalah peluru-peluru yang dinantikan oleh dunia barat untuk menembak diri umat Islam. Oleh kerana mereka ini dianggap sebagai 'produk' kepada Islam itu sendiri. Ia kononnya menggambarkan betapa 'jelek'nya agama ini kerana penganutnya sendiri 'testify kepada keburukan Islam itu sendiri.
Terkini adalah sebuah pengusaha teater di Germany yang akan mempersembahkan sebuah teater berdasarkan buku Salman Rushdie. Sudah tentu tindakan ini akan meniupkan lagi sentimen kebencian kepada Islam.
Posted by antamuSlim at 2.4.08 1 comments
Labels: isu semasa


