Google

Saturday, December 06, 2008

Da'ie dan Movie?

Nak dijadikan cerita, ada seorang sahabat datang mengadu dimarahi teruk ayah gara-gara kerja men'delete' movie dan series ayahnya secara tidak sengaja. Banyak gigabyte juga yang hilang. 300GB komputer, penuh dengan movie, series, anime dan lain-lain. Belum ditambah lagi yang telah di'burn' ke dalam DVD yang bertimbun.

"Bodoh!! aku download berminggu-minggu!! Kurang ajar punya budak!! kata-kata pedas dari ayahnya yang keras kepala.

Perkara ini kelihatan wajar jika ayahnya hanya orang biasa yang tidak pernah ditarbiyyah ataupun yang telah islam sejak lahir tapi tidak komitted mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ayahnya merupakan mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam.

Adakah kita merasa pelik? atau sikap kita biasa-biasa saja. Saya tertarik dengan status mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam yang dimiliki ayahnya. Dah nama pun jemaah islam, mestilah mengaku dirinya berdakwah. Buat itu, buat ini yang saya percaya semuanya hanya lebih kepada kerja-kerja pengurusan. Sikap-sikap seperti ini kalau dianalisa pasti kita akan lihat satu kesamaan antara pelaku-pelakunya. Bagi saya, ayahnya itu tak ubah seperti Raja Namrud yang membakar Nabi Ibrahim kerana menghancurkan berhala-berhala milik Raja Namrud.

Fokus saya di sini adalah movie yang jelas-jelas haram, yang mempamerkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat (ada ke movie barat yang wanita tutup aurat? yang tak tutup pun pakaian tidak sopan) lebih-lebih lagi yang menontonnya adalah seorang yang mengaku da'ie? Saya percaya ayahnya akan menonton secara istiqamah kerana size 300gb itu bukan sekejap untuk khatam.

Mari kita kaji perilaku ayah dia ini. Siapa yang pernah mengalami, tahu-tahu sendiri lah ya. Ayahnya dah tentu bekerja. Kebiasaannya jam 8 pagi hingga 5 petang. Ayahnya juga seorang manager. Selalu balik malam. Pada pendapat saya, dia tidak akan menonton berhala-berhala yang didownload di pejabat. Jadi, masanya di rumah pasti dia akan gunakan sebaiknya.

Bermula dari sampai di rumah, terus on computer, menonton berhala kesayangan sehingga larut malam sampaikan terpaksa menunda solat isya' ke saat-saat akhir dek kerana tertidur sewaktu menonton berhalanya. Secara tidak langsung, masanya ditiadakan untuk anak-anak. Dia tidak kisah akan anak-anak, lalu anak-anak tidak akan kisah akan bapanya.

Kenapa saya sebut berhala? Kerana berhala ini sesuatu yang kita sembah, yang amat kita cintai dan sedia mengorbankan segalanya kerana berhala ini. Jadi tidak salah jika saya sebut berhala, kerana dia sanggup mengorbankan pandangan orang lain terhadap dia, mengorbankan anak-anak, mengorbankan masa dan sebagainya.

Kalau yang tadi, bapaknya. Sekarang kita cermin diri sendiri, lihat di sekitar kita. Kita bisa lihat bagaimana menonton movie dan series ini seperti menjadi satu kebiasaan bagi kita. Dari yang aktif berdakwah sehingga la yang duduk termenung goyang kaki. Yang dah sibuk bertambah tiada masa, yang menang banyak senggang masa terus takda masa.

Saya tahu diluar sana masih ramai lagi para da'ie yang mengambil enteng akan hal ini. Ada yang nonton Naruto, Bleach, dan lain lagi. Sehingga tahu episod berikut bila bisa di download. Bisa cerita dari mula hingga episod semasa. Untuk berehat? Di manakah tahajud yang menjadi rehat dari dunia yang melelahkan? Apakah rehat seorang da'ie itu dengan memuskan hawa nafsu?

"Akhi, anta dah tengok Quantum of Solace?"

Wah, sekali imbas lunak dan sopan sungguh pertanyaannya. Tapi ramai juga da'ie-da'ie moden ini yang menjawab "masih belum". Apa ini?

Saya ingin berkongsi beberapa sebab yang menjadikan mereka ini tengok movie keluaran terbaru. "Nak catch up supaya tidak ketinggalan bersama mad'u". Waduh-waduh, dahlah murobbinya pun tengok movie berlumba pulak dengan mutarobbi. Nanti bolehlah ikhwah wujudkan satu pawagam untuk ikhwah akhwat (asing ye) sebab semua dah ditarbiyyah tengok movie. Apakah tidak cukup dengan hanya membaca preview atau story plot saja? atau kita lebih rela menghabiskan masa dan menggadaikan keimanan kita dengan melihat aurat wanita?

"Banyak pengajaran yang boleh diambil". Apa lagi yang kalian perlu selain Al-Quran dan Hadith? Sirah para sahabat? Bahan bacaan yang bermanfaat? Dokumentari yang ilmiah? Kenapa mesti movie tayangan perdana? atau movie top ten? Jauh di sudut hati "Rasa best bila tengok movie, enjoy, releks," rasa-rasa hawa nafsu.

Wahai para da'ie, ketahuilah akan bahaya ini dosa kecil ini. Ia seharusnya menjadi takutan umat yang mengaku da'ie ini melainkan jika dia hanya mengaku da'ie tapi tidak bekerja sebagai da'ie. Atau lebih dikenali sebagai da'ie olok-olok. Saya tidak tahu jika masih ada di antara kita yang terus beralasan untuk membenarkan perkara lagho dan bisa menambah dosa ini.

Bermula dengan melihat movie secara kecil-kecilan, bintik-bintik hitam akan mula menutupi hati sehingga membekas seperti marker permanent lalu cahaya ilahi akan sukar masuk ke dalamnya dan hasutan iblis mudah mendekati dan menempel.

Lalu timbul pula dosa-dosa lain yang lebih berat. Tinggal solat, mudah marah (orang yang pentingkan diri akan mudah marah, dan tanda orang yang pentingkan diri adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu) dan seterusnya.

Wahai da'ie diluar sana!
Kalian kata kalian berdakwah. Tapi kalau perkara seperti ini tidak dapat kalian pelihara, lupakan saja medanmu kerana hati-hati kalian telah dikotori.

*Penonton movie yang saya gambarkan adalah yang menonton kebanyakan movie. Semua nak tengok. Saya juga menonton movie, Children of Heaven, Paradise Now dll yang boleh dikira dengan jari. Yang peliknya yang berjaya penuhkan hard-disc dengan movie dan series. Takkan simpan saja? mestilah tengok?

12 comments:

Anonymous said...

assalam aleik
post yg bernas..
sgt sesuai dizmn moden
ana minta izin utk sebarkn kpd yg lain..
wassalam

antamuSlim said...

wslm, bisa2.. lagi baik kalau touch up skit

Anonymous said...

selalunya kalau yang mendownload sampai beratus-ratus GB tu, tak ditengok pun kesemuanya. dia tengok sikit sangat. movie mudah didapati, jadi macam tak ada harga sangat. kalau tengok pun, dia forward-forward saja.

bukan nak sebelahi dia, tapi minta jangan tengok dengan mata benci. cukup sekadar fakta yang diketahui, agakan tak perlu mneyusuri...

pandangan saja, salam...

antamuSlim said...

apakah kerana murah harganya jadi bisa2 saja kalau da'ie mendownload dan menyimpan? porno juga murah dan mudah di didapati. sama jugakah?

itu adalah fakta dan rentetan itu berdasarkan pengalaman. itulah kebiasaan yang terjadi. yang makan cili terasa pedas.

apa tidak ada benda lain untuk diforward? buat apa download penuhkan hdd dengan benda kosong? cakap berapi rapi suruh orang tinggal benda lagho.

entry ini khas untuk para da'ie bukan orang umum. harap maklum

gelapcerah said...

btul tu..

kalo bahan ilmiah ... ana rasa mmg ramai yg tahu copy saje, tp x baca..

tp kalo bhan2 keseronokan hawa nafsu.. pergh, yg tu pun x cukup..


antum kna igt.. nabi adam pun boleh kna tipu dgn syaitan.. inikan pula kita

rujuk surah al araf ayat 13.. janji iblis, "aku akan mendatangi manusia ni dari kiri kanan depan dan belakang, dan kau akan mendapati ramai sekali d antara mereka yg tidak bersyukur"

btulkan dalil ni kalo silap

sekali lagi ana yg tekan kan bersama
artikel ni merujuk kepada daie, perubah masyarakat...

Anonymous said...

salam khi....jazakallah ats tausiyahnya...moga ana tetap terpelihara dari maksiat2 kecil ini....minta ijin copas..hehe

antamuSlim said...

silahkan kang faza.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,, ana minta izin copy paste di website ya..jzkk

Anonymous said...

salam,
sudah saya cakap kan, bukan saya nak sebelahi dia.

saya tak setuju bila akhi cakap "takkan simpan saja? mestilah tengok?"

yang lain akhi cakap, semuanya saya setuju. tapi itu saya tak setuju. itu bagi saya prasangka. maaf ya.

Anonymous said...

jgn bersangka buruk... this is all base on your own projection...

shazleeshahazeman said...

benar2.selamatkan diri antum dari su'ul zhon akhi.

apapun,terdapat banyak juga kebenarannya di balik artikel ini.

cuma perlu lebih neutral dalam bersangka.

antamuSlim said...

saya rasa di sini tiada masalah bersangka buruk kerana tiada citation terhadap sangkaan. saya tidak kata si A atau si B itu begini dan begitu. mungkin pengalaman saya yang melihat bahawa masyarakat kita ini suka berdalih dalih juka ditegur.

"oh.. tidak apa, itu bukan aku.."

jadi untuk masyarakat melayu yang bodoh sombong kebiasaannya ini (ya saya juga melayu) lebih baik kalau kata-kata itu direct sehingga terasa kepedasannya.

tak perlu kita bersangka2. kerana artikel ini tertuju untuk diri kita sendiri. nilailah apa yang perlu hanya untuk diri kita. tak perlu lihat jauh-jauh ini sebagai sangkaan untuk orang lain.

wallahu'alam