Google

Sunday, November 22, 2009

Game Facebook untuk orang bodoh

Game Facebook - Mafia Wars, Farmville, Reataurant City - dengan mengejut telah menjadi alat efektif untuk mengubah haluan para pembuang masa diantara jutaan hubungan sosial. Lebih dari 63 juta manusia bermain Farmville. Dan sekarang tudingan menyerang game-game tersebut bahawa ia boleh membawa pemain-pemain yang mudah tertipu, tidak kira orang dewasa yang berfikiran waras, kanak-kanak kepada scam internet, terutama bagi yang mempunyai telefon bimbit dan kredit kad.

Bagaimana ia bekerja? Anda menyertai Farmville, satu game dalam Facebook yang mana anda boleh membangunkan kebun maya dengan penanaman hasil bumi dan penternakan. Melalui usaha anda, anda memperoleh duit maya, akan tetapi untuk bertani dengan lebih efisyen dan cepat, anda juga boleh melabur wang tunai sebenar (melalui PayPal atau Kad Kredit) untuk membeli barang-barang secara maya, seperti biji benih atau traktor. Jika anda tidak mempunyai wang sebenar untuk membeli, yang mana benda tersebut memang tidak wujud pun, anda boleh memilih untuk terima tawaran kerja dari salah satu dari pengiklan dalam site game tersebut dan dapatkan duit maya sebagai balasan.

Tawaran ini, secara umumnya dalam arena perniagaan disebut, akan beri pada anda duit biji benih/traktor sebagai balasan untuk sign up. Sebagai contoh, subscrib untuk Netflix atau Kad Kredit. Tapi bagi pengilkan-pengiklan yang amat teliti memikat pemain dengan tawaran untuk menyertai survey tipu atau IQ test. Bila selesai, mereka akan minta nombor telefon untuk hantar keputusan. Bila anda masukkan nombor telefon dan buat password anda telah dengan bodoh dan tidak sengajanya mendaftar kepada perkhidmatan yang anda tidak pernah mahu dan masuk ke bil anda. Jika anda seorang budak, bil misteri itu akan masuk ke bil telefon mak bapak anda.

Bagi kita orang Islam, Internet scam bukan masalah utamanya. Tapi masalah kita adalah dengan perkataan buang masa dan sia-sia. Dipersilakan bagi sesiapa untuk mengemukakan kebaikan bermain farmville atau mafia wars? Kita hanya berbangga jika level kita tinggi, dan berjaya mengalahkan musuh, yang mana jika dilihat dalam-dalam memang langsung tiada makna.

Nak kata bodoh, keluar masuk universiti. Dah ada ijazah nak master lagi. Tapi kenapa macam orang bodoh...

Monday, November 16, 2009

Bekas Tahanan Palestin Menyeru Perlawanan Tangkap Askar Zionis

Bekas Tahanan Palestin Menyeru Perlawanan Tangkap Askar Zionis