Google

Thursday, June 25, 2009

Setelah Sekian Lama Cinta Disulam

Nak dijadikan cerita, sabtu kelmarin bertandang ke sebuah majlis walimatul urus. Jiran 40 buah rumah agaknya. Tiba-tiba terpampang kad jemputan walimatul urus yang saya rasa agak mahal dengan beserta gambar pengantin sebelah-menyebelah. Megahnya majlis hanya orang yang pergi saja yang tahu. Sampai di majlis, dalam kepala memang nak makan saja dan terus pulang. Tapi ada pulak sesi memperkenalkan pengantin.

"Setelah sekian lama menyulam cinta.. tanpa diketahui keluarga mahupun media masa.. akhirnya tercapailah tujuan bergelar raja sehari"

Ada lagi yang meleret-leret sampai telinga ni jadi panas, berdesing seperti bunyi belon yang ditiup kemudian disepitkan tempat keluar angin dia dan biarkan angin keluar. Sepertinya pengantin sungguh bangga dengan maksiat yang sekian lama dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa (tapi Allah tahu, tak tahu lah kalau diorang tahu atau tak tahu Allah itu Maha Tahu).

Saya tahu perkara ini sudah terlalu banyak dibahaskan. Ada juga yang mengatakan topik ini sudah basi! (apa al-Quran itu bisa basi ya?). Tapi inilah hakikatnya, makanan yang tidak diamalkan akan basi, dan akhirnya tidak berguna. Sama juga dengan topik basi yang ini, jika hanya dibincangkan, tidak serius dalam bertindak, akhirnya akan basi juga. Bukan topik yang basi, tapi orang yang basi. Basi dalam erti kata jadi busuk, kotor, jijik dengan dosa-dosa ditambah lagi dilaknat Allah.

Mari lihat dua situasi berbeza di bawah ini.

Tujuan bercinta? untuk berkahwin. Tujuan berkahwin? untuk apa?? untuk bercinta? kan sudah basi lagi berkulat. Nak bercinta apa lagi kalau dah sekian lama bercinta. Apa kita ingat cinta ni macam borang online ke boleh di'reset' atau boleh 'clear cache'? Apa tujuan perkahwinan sebenarnya? menghalalkan apa yang haram. kita ni ingat sex saja kot benda yang haram tu. keluar dating, telefon2, sms2, teringat2, rindu2, itu semua halal lagi toyyiban lagi mendapat pahala kot?

Lihat saja sekarang ramai umat manusia yang bersunngguh-sungguh untuk menjadi raja sehari. Dah nama pun raja SEHARI, memang sehari sajalah. SEHARI saja yang indah. Bercinta bukan main, dengan harus beserta niat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut. Ni fatwa siapa pulak ni.

Bukan niat saya untuk bersikap pedas seperti ini, kerana ini memang semulajadi saya. Tapi bak kata pepatah melayu, "yang makan cili baru terasa pedasnya". Tapi kalau tiada cili macam mana nak rasa pedas?

Bandingkan dengan yang ini.

Tujuan berkahwin? untuk bercinta... sehingga akhir hayat. amin.

*Post ini lebih kepada luahan hati, kerana untuk mengharap orang-orang seperti di atas untuk baca blog saya ini mungkin sangat tipis peratusannya.

Disertakan post ini dengan lagu Menjemput Bidadari dari kumpulan Epicentrum.
Lirik boleh didapatkan di sini
http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2035/epicentrum-menjemput_bidadari.html

Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab Sesi Panas Enjin

Hampir setahun sudah berlalu, tidakkan ku sia-siakan waktu yang terluang ini seperti tahun-tahun yang sudah. Bulan rejab akan ku pergunakan sepenuhnya untuk menjana energy bagi ramadhan yang semakin hampir. Sya'ban mula berlari-lari anak sebelum maraton bulan suci nanti, bulan diturunkan lailatul qadar yang menjadi penantian dan pengharapan orang-orang mukmin.

Begitu juga aku harapkan untuk sahabat-sahabat disana, sebagai satu tanda syukur dan pengagungan kita pada Allah. Yang telah menyediakan satu ruang untuk kita bertaqarrub kepada Allah selepas setahun kita bergelumang dengan dunia yang penuh dusta ini. Subhanallah, indahnya aturan Allah untuk hamba-hambaNya.

Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan


Monday, June 22, 2009

Buku-buku untuk dipinjam

Assalamu'alaikum sabahat-sahabat sekalian, di sini ana ingin mengoffer buku2 ana untuk dipinjam. Sahabat yang duduk berdekatan sahaja yang dibenarkan untuk meminjam. Kadarnya rm0.50 sen seminggu. Bukan sengaja nak kenakan cas, cuma mengharap ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap barang yang dipinjam.

Sekali lagi, untuk yang ana kenal sahaja ya. Moga ana mendapat manfaat dari orang2 yang meminjam buku-buku di bawah. Boleh click pada gambar untuk besarkan.

Lokasi Buku: Gombak





Thursday, June 18, 2009

Menangislah Saudaraku..

Saudaraku, cubalah sekali-kali meluangkan waktumu untuk menangis kerana Allah, keraa menangis yang demikian dapat meningkatkan imanmu dan sangat baik untuk kesihatan jiwamu. Menangislah kerana dosa-dosa yang pernah kamu lakukan atau menangislah karena kurangnya ibadah dan rasa syukurmu sedangkan begitu banyak nikmat-nikmat yang telah diberikanNya kepadamu.

Atau menangislah kepada Allah kerana cintamu kepadaNya yang telah memberikan hidayah kepadamu sehingga kamu dapat merasakan manisnya keimanan dan nikmatnya beribadah kepadaNya. Atau menangislah dengan mengingat betapa air matamu dapat menyelamatkanmu dari jilatan api neraka. Kalau itu pun tidak bisa, maka tangisilah dirimu mengapa tidak bisa menangis.

Saudaraku, menangis kerana takut dan cinta kepada Allah itu dapat melapangkan dadamu, dapat mengurangi beban-beban yang menghimpitmu dan juga dapat melembutkan hati yang tadinya keras.

Saudaraku, ramai orang menyangka bahawa menangis itu menunjukkan sifat lemah dan lembik, sehingga mereka malu untuk menangis. Hal ini adalah benar jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan manusia, namun jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan Allah maka hal ini sifat yang terpuji dan dicintai Allah.