Google

Saturday, April 12, 2008

Manusia ada zaman dinosour?

Berdasarkan kajian Sains bumi ini dikatakan terbentuk sekitar 4.6 billion tahun yang lampau. Bermula dari tarikh itu muncullah pelbagai jenis organisme (dari hidupan bersel tunggal -unicellular life forms) sehinggalah kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Merujuk kepada dinasour, reptilia yang pertama muncul pada zaman Permian (sekitar 300 juta tahun yg silam). Dinasour hanya muncul pada zaman berikutnya iaitu Triassic dan Jurassic iaitu di antara 250 hingga 140 juta tahun lalu. (Nota - Dinasour bukan reptilia - ciri-ciri dinasour ialah ia berdiri 'upright' - kedudukan kaki di bawah tubuh, tdk seperti cicak dan buaya di mana kakinya 'spread out' atau terkeluar di sisi tubuh).

Kewujudan manusia berdasarkan time line ini sangat lewat. Haiwan Mamalia muncul sekitar 35 - 40 juta tahun yang lalu, menggantikan dinasour. Mammoth muncul sekitar 1.8 juta tahun di epoch (waktu) Pliocene. (ini yang dikatakan zaman ais) dan manusia hanya muncul pada epoch (waktu) yang terakhir iaitu Holocene.

Kajian anthropologi telah menemukan beberapa fossil yang didakwa sebagai nenek moyang turunan manusia. Ia tidak bercirikan manusia moden maka itu dinamakan hominid dan nama yang diberikan ialah australopithecus yang wujud sekitar 3 juta tahun yang lalu. Ini diikuti oleh Homo habilis (the handy man) sekitar 1.8 juta tahun yang lalu; disusuli oleh Homo erectus 'the upright man' (yang menampakkan ciri manusia yang berdiri tegak); Homo sapien 'wise man' yang muncul sekitar 300,000 tahun (juga dikenali dgn Neanderthal) dan Homo sapien sapien 'modern man' (juga dikenali sebagai the cro magnon man) sekitar 30 hingga 25,000 tahun yang lalu. Cro magnon man dikatakan sebagai ancestors kpd manusia moden hari ini.

Bagaimana kita hendak menyesuaikan fakta (penemuan Sains) ini dengan Islam. Bilakah Nabi Adam a.s. diutus di muka bumi. Ini tidak dapat dipastikan. Tetapi berdasarkan kepada petunjuk anthropoli boleh dianggarkan sekitar 30 hingga 40,000 tahun yang lalu. Homo sapien (neandertal) dikatakan pupus disebabkan oleh saingan dari Homo sapien sapien (cro magnon) yang muncul sekitar zaman tersebut. Mungkinkah yang dirujuk sebagai cro magnon adalah turunan Nabi Adam a.s.Ini adalah agak munasabah kerana Nabi Musa a.s diutus sekitar 6,000 tahun yang lalu; Nabi Isa sekitar 2,000 tahun dan Rasulullah SAW sekitar 1,400 tahun.

Ini membawa kepada satu soalan menarik. Apakah sudah ada manusia lain sebelum Nabi Adam a.s. dicipta dan diutus ke bumi. Jawapannya Wallahu'alam. Namun ayat dari surat al-Baqarah ayat ke 21 & 30 menceritakan tentang peristiwa penciptaan Adam di mana malaikat bertanya kepada Allah 'apakah Engkau akan mencipta manusia di bumi yang akan menumpah darah dan melakukan kerosakan sedang kami sentiasa bertasbih kepada Engkau' Jawab Allah 'Aku lebih mengatahui apa yang tidak engkau ketahui'. Ayat ini menunjukkan seolah-olah sudah ada kejadian sebelum Adam dan mereka ini menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan). Apakah mungkin malaikat merujuk kepada makhluk-makhluk seumpama manusia atau yang mendahului manusia spt yg ditemui oleh penyelidik anthropology?

Sebagai seorang muslim kita beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Penemuan Sains sebenarnya mengukuhkan lagi hakikat ini. Masalah besar yang melanda ilmu pengetahun moden yang menolak Islam dan agama ialah menggunakan fakta-fakta ini bagi merumuskan sesuatu berdasarkan pemikiran manusia semata-mata. Maka timbullah teori evolusi nukilan Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal dari monyet. Penemuan anthropologi mengukuhkan lagi teori Darwin. Sedangkan apa yang berlaku ialah Allah menggantikan satu makhluk dengan makhluk yang lain. Silih bergantinya makhluk bukan disebabkan oleh evolusi di mana satu makhluk berubah menjadi makhluk yang lain tetapi digantikan dengan kemunculan makhluk yang baru.

Satu fakta yang boleh menyokong perkara ini ialah penemuan species baru yang masih berlaku sehingga hari ini. Sebagai contoh species serangga yang telah dikenal pasti ialah sekitar 800,000 species. Saintis menganggarkan ada sekitar 30 juta species serangga yang belum ditemui berdasarkan kepada kadar penemuan-penemuan baru dan tempat-tempat yang belum diteroka. Di manakah 30 juta species ini, adakah ianya ada tetapi belum ditemui atau dalam proses penciptaan oleh Allah SWT? Wallahu'alam, akal kita lemah untuk menjangkau ilmu Allah yang maha luas dan serba mencakupi.

Saya mencadangkan saudara membaca buku yang ditulis oleh Maurice Bucaille yang berjudul 'the origin of man' (sudah diterjemah - Asal-usul manusia). Di dalamnya beliau menjelaskan isu kejadian Adam dalam konteks penemuan paleontology (kaji fossil) dan anthropolgi.

1 comments:

~CahaYa KeMuLiaaNKu~ said...

salaam..pembetulan..bukan albaqarah ayat 21..tp ayat yg saudara sebutkan itu ada di surah yg sama ayat 30..wallahu a'lam