Google

Thursday, April 03, 2008

Kenali Lelaki

Wanita hidup dikelilingi dengan lelaki. Tiada tempat bebas dari kehadiran kaum lelaki di rumah, di tempat kerja, malah di mana-mana.

Meskipun kehidupan ini tidak sunyi dari suasana yg melibatkan kebersamaan wanita dengan lelaki, tetapi kebanyakan wanita sering bingung dalam menghadapi lelaki dalam hidupnya.

Kebanyakan wanita hanya memahami secebis sahaja daripada keseluruhan peribadi lelaki. Walaupun wanita itu hidup dengan lelaki, mencintai mereka, takut padanya, bertengkar dan bergurau senda dengannya, memerlukan nasihat dan pendapatnya; melahirkan anaknya namun masih ramai wanita yg tidak memahami lelaki yg menjadi pasangan hidupnya.Lelaki dan wanita memang x sama dr segi fizikal dan cara berfikir mereka.

contoh:...lelaki kulitnya lebih tebal dan peti suaranya lebih tertonjol keluar. dll.

Ramai berpendapat, "wanita lebih tinggi emosi dan sensitivitinya, mereka juga lebih mudah meluahkan perasaan hatinya berbanding lelaki, oleh itu wanita lebih mudah difahami...". benarkah pendapat ini...?

sebenarnya, tidak kira lelaki atau wanita, jika ia lbh terbuka dlm menyampaikan apa yg dihajati dan diharapkannya, maka ia lebih mudah difahami.Perbezaan lelaki dan wanita tidak bererti bahawa salah satu jantina adalah lbh baik. Ia umpama sekeping duit syiling yg mempunyai 2 permukaan yg berbeza.

Pd zahirnya, permukaannya berbeza, tetapi ia adalah suatu yg tidak mungkin dpt dipisahkan untuk membentuk sekeping duit syiling.

Begitulah jua, dengan lelaki dan wanita dlm kehidupan sbg manusia. Hakikatnya wanita & lelaki berbeza dlm byk hal.Apakah perbezaan ini penting diperkirakan...? Bg kepentingan bersama, ada baiknya kita meneliti pendapat seorg pakar psikologi yg telah membuat kajian selama 12 thn terhadap kaum lelaki.

Hasil kajiannya dalam mencari ketakutan & harapan lelaki dlm menempa kehidupan yg lbh baik, tlh berjaya membongkar apa yg dipendam oleh kebanyakan lelaki secara "umum".Ini adalah faktor yg menyebabkan kebanyakan lelaki sukar difahami oleh wanita:

LELAKI....

1.Rindu kepada kasih syg ayah dan penghargaan drpdnyaKebanyakan lelaki tdk memperoleh kasih syg,penghargaan dan perhubungan secara langsung dgn ayahnya.

Akhirnya, tanpa disedari kerinduan terhadap kasih syg tersebut akan ditutupi dgn keinginan utk membuktikan dirinya mampu berdikari dan menyatakan..."seorg lelaki yg bergantung kpd ayah dan merinduinya merupakan perbuatan yg tdk matang & tdk berdikari"Kebanyakan lelaki cuba menafikan hakikat bhw mereka masih perlukan perhatian dprd ayahnya...!

2.Biasanya menggunakan tempat belajar/bekerja sbg tmpt utk menguburkan rahsia mereka.

Bg lelaki, kerjaya merupakan tempat menyalurkan prestasi dan kemampuan dirinya, ataupun tempat utk menguburkan kelemahan, ketakutan dan rahsia dirinya.Dlm dunia kerjaya, lelaki menghadapi cabaran utk menggunakan bakat & potensinya dlm rangka mencapai kepuasaan dan kejayaan.Tidak hairanlah jika lelaki merasa rendah diri/segan silu jika mereka tidak mampu mencapai tahap/tingkat tertentu dlm kerjayanya.

3.Selalu menyembunyikan keinginan utk mendapatkan pertolongan atau dokongan drpd wanita.

Ia adalah disebabkan kebanyakn lelaki menganggap bhw mereka tidak memerlukan kpd kudrat seorg wanita. Malah ada juga yg tidak senang, utk berkongsi rasa hatinya dgn isterinya sendiri, kerana menganggapnya sbg suatu kelemahan. Semuanya dipendam sendiri, maka ada kalanya masalah kecil pun boleh menjadi sbb kpd kemarahan kaum lelaki. Ini sudah tentu membingungkan isterinya.

4.sebenarnya bergantung kepada pasangannya lbh drpd apa yg mereka nyatakan.

Lelaki sering berjuang utk memberikan imej diri yg kuat dan berdikari. Namun seteguh mana pun lelaki tersebut , mereka amat memerlukan wanita, sama ada pasangannya ataupun ibunya sendiri. Lelaki yg tidak menye dari hakikat ini, sememangnya tlh melakukan kesilapan. Ini adalah rahsia lelaki yg plg sukar utk ditutupi. Lelaki perlu mengaku bhw di sebalik kejayaan mereka ada wanita yg menyumbang kpd saham kejayaannya itu.

5.Melarang dirinya utk berasa takut, tidak yakin & sedih.

Sejak kecil lg anak lelaki tlh ditanamkan dgn kefahaman bhw mereka tdk boleh menangis. Dgn perkataan lain, mereka tlh dididik supaya tidak menzahirkan emosinnya.Disebabkan bimbang digelar..."mcm perempuan"...."pondan"...atau..."tidak macho" maka lelaki dilatih utk menyembunyikan perasaannya.Lelaki terlatih utk berpura2 dan tampil sbg seorg yg "tdk terpengaruh dgn keadaan", oleh itu mereka kelihatan tegar. Adakah ini benar...? sebenarnya byk kajian menunjukkan lelaki mempunyai pelbagai gejolak perasaan yg sama dgn wanita.cuma perbezaannya..."..wanita sering menzahirkan dan meluahkannya..."manakala..."...lelaki sering melawannya, maka mereka mampu menyembunyikannya.."

Bg wanita: "Diharap melalui artikel yg serba sedikit ini, mereka dpt menyelami rahsia lelaki yg selama ini menjadi misteri, kemudian menemui hikmah di sebalik ciptaan Allah yg unik ini ....apa yg perlu wanita lakukan adalah cuba sedaya upaya memahami mengapa lelaki berperasaan & bertingkah laku berbeza dgnnya. Seterusnya membuka ruang penerimaan utk lelaki dlm hidupnya dgn seadanya..."

Bg lelaki: "...diharap mereka dpt lebih jujur dlm mengenali diri mereka sendiri. Cubalah menilai kembali aspek mana yg boleh diperbaiki dan dipertingkatkan agar mereka tidak menjadi '...lelaki yg dekat, tetapi 'asing' dan 'jauh'... pada pandangan wanita dlm hidupnya'

Bg lelaki & wanita: "...mereka perlu mengaku dengan ikhlas dan jujur bahawa mereka saling memerlukan dalam hidup ini. Berjayanya lelaki di belakangnya ada wanita. Begitu juga di sebalik kejayaan wanita, ada lelaki yg menyokongnya....maka kedua-duanya perlulah mengenali...memahami...& menghargai antara satu sama lain.Demi menuntun ke arah menggapai kehidupan yg diselubungi ...sakinah mawaddah wa rahmah

0 comments: