1. Kebangkitan Islam di eropah. Vatican telah mengakui bahawa Islam kini mengatasi bilangan penganut agama Kristian Katholik. Dengan peratus penduduk dunia sekitar 19% Islam kini meninggalkan Kristian Katholik sebagai 'single denomination' yang dianuti oleh kira-kira 17%. Realiti ini berbeza 5 tahun dahulu di mana Islam berada di belakang agama Katholik. (Namun demikian agama Kristian secara keseluruhan iaitu dgn mencampurkan pelbagai denomination ia masih agama yang mempunyai jumlah penganut paling ramai iaitu sekitar 33%).
2. Geert Wilders bukan seorang rakyat Belanda yang mewakili dirinya, tetapi beliau adalah anggota kabinet negaranya. Sehingga kini belum ada usaha yang serius dari kerajaan Belanda untuk menggesa Geert memohon maaf kepada umat Islam dan menarik balik karya sampahnya. Kerajaan Belanda tetap dengan pendiriannya mempertahankan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ini menunjukkan regim-regim di Eropah tetap merupakan penyokong kuat kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mencetuskan 'Islamophobia' yang akan menjejas
hubungan antara agama dan bangsa.
3. Berdasarkan kepada latar belakang isu ini, adalah wajar umat Islam memulau barangan Belanda yang terpilih. Penghinaan kepada Rasulullah SAW adalah satu yang cukup besar kepada umat Islam yang tidak boleh di maafkan. Tindakan memulau produk Belanda adalah paling minima yang boleh dilakukan oleh umat Islam dalam mengajar pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati prinsip hidup toleransi antara agama. Inisiatif yang diambil oleh pasaraya
Maideen wajar dicontohi oleh peniaga lain di mana barangan Belanda dilabelkan supaya pengguna boleh memilih untuk tidak membeli. Tindakan ini turut dicontohi oleh sebuah pasaraya di Sarawak (lihat Utusan hari ini).
Boikot barangan cukup berkesan dan ia memaksa setengah pihak yang berkepentingan membuat kenyataan terbuka mengutuk tindakan Geert Wilders. (Baca kenyataan Dutch Lady Malaysia dalam akhbar hari ini).
4. Tindakan Geert Wilders yang 'direstui' oleh kerajaan Belanda secara tidak bertanggungjawab adalah satu contoh permusuhan yang berpanjangan ke atas Islam dan penganutnya. Amat menghairankan Belanda dari sudut sejarah dan kebudayaannya mempunyai pengalaman yang cukup kaya berdepan dengan umat Islam sejak zaman kolonial apabila ia mentadbir Kepulauan Hindia Timur Belanda selama 350 tahun. Apakah negara-negara Eropah yang merupakan bekas
penjajah belum mahu belajar dari sejarah interaksi mereka yang panjang dengan umat Islam? Tidakkah mereka insaf bahawa umat Islam boleh ditundukkan di medan perang dan negara mereka dijarah, namun jangan sekali-kali menghina agama mereka. Bagi umat Islam, agama tiada galang gantinya dan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankannya.
5. Salman Rushdie dan mereka yang sewaktu adalah 'darling' of the west. Mereka adalah peluru-peluru yang dinantikan oleh dunia barat untuk menembak diri umat Islam. Oleh kerana mereka ini dianggap sebagai 'produk' kepada Islam itu sendiri. Ia kononnya menggambarkan betapa 'jelek'nya agama ini kerana penganutnya sendiri 'testify kepada keburukan Islam itu sendiri.
Terkini adalah sebuah pengusaha teater di Germany yang akan mempersembahkan sebuah teater berdasarkan buku Salman Rushdie. Sudah tentu tindakan ini akan meniupkan lagi sentimen kebencian kepada Islam.
Wednesday, April 02, 2008
Greet Wilders dan fitna
Posted by antamuSlim at 2.4.08
Labels: isu semasa
1 comments:
salam. nak minta pendapat tentang tidak perlu memboikot barangan belanda sebab ramai org islam akan dapat kesannya. macamana pula dengan pendapat mmg perlu boikot barang belanda sebab membenarkan filem yang menghina Islam.
Post a Comment