Google

Thursday, October 05, 2006

Seeing Good In All

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Bismillahirrahmanirrahim,

Wahai ikhwah2 dan saudara seislamku sekalian, marilah kita sama-sama fikirkan sejenak segala sesuatu yang menimpa kita. Ingatlah bahawa segala seuatu yang penting bagi kita, yang mengangkat kita dan yang menjatuhkan kita, hanyalah tinggal memori yang mungkin kadang-kadang kita muhasabahkan hanya beberapa saat. Segala sesuatu yang amat kita harapkan, yang kita jauhi, hanyalah tinggal memori.

Akan tetapi, didalam perkiraan Allah, apa saja yang terlintas di fikiran kita diketahuiNya. Selepas kematian, destinasi yang pasti dilalui oleh semua umat manusia, di padang Mahsyar kelak, rekod2 Allah lah yang akan didahulukan. Hidup kita yang mungkin kita rasa hanya beberapa minit akan dibentangkan oleh Allah swt satu persatu. Dalam perkiraan Allah, segala yang tersirat dan yang tersurat tidak akan diabaikan.

Jika kita telah menafkahkan hidup kita untuk Allah dengan sebenar-benarnya, dalam segala segi, menerima tujuan utama penciptaan kita, dan menganggap segala yang terjadi adalah baik dan amat mengambil berat kesempurnaan aturan Allah, insyaAllah pulangan yang baik dari Allah menanti kita.

Kerana apa ikhwah sekalian? Kerana di hari akhirat nanti kita hanya akan dihadapkan 2 pilihan sahaja; Jika seseorang itu hidup bersama nilai2 yang ditetapkan Allah, syurga buahnya. Sebaliknya, dia akan menderita seksaan yang tiada penghujung.

Ikhwah sekalian, inilah keistimewaan Islam, inilah keistimewaan tarbiyyah al-Quran yang Allah turunkan buat kita. Sedar ataupun tidak, kandungan ayat-ayat Allah mengandungi nilai motivasi yang sangat-sangat tinggi. Mengambil segala sesuatu itu sebagai perkara yang baik bagi kita adalah payah. Tetapi, lihatlah hasilnya, menjadikan seorang mukmin itu sentiasa redha atas keputusan yang Allah berikan untuknya. Dan ianya juga mengajarkan kita erti sabar dan tabah.

Biar apapun yang akan menimpa kita selepas ini, anggaplah ianya sesuatu yang terbaik untuk kita, terbaik untuk segala-galanya. Itulah aturan Allah untuk kita. Tak kira di posisi mana pun kita berada, aturan dan ujian Allah wajib ada. Meskipun di dalam kekayaan, kemiskinan, kejayaan dan kejatuhan kita.

Wahai ikhwah sekalian, jadikanlah segala yang menimpa kita sebagai batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika mendapat nikmat, kita bersyukur, jika ditimpa musibah kita bersabar dan bersyukur.

Sabda Rasulullah swt: "Jika engkau memohon, maka mohonlah kepada Allah, dan engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk itu berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu berupa sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu selain berupa sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah atasmu. Pena-pena telah kering dan lembaran-lembaran telah dilipat".

Sabda Rasulullah swt: "Allah tidak menentukan sebuah qadha' bagi hamba kecuali qadha' itu baik baginya.

wassalam


3 comments:

Anonymous said...

“Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…”

(Ali ‘Imran 3 :103)

--------->Pentingnya kesatuan dan jangan senang2 sgt membawa kepada perpecahan atau ta'adud, selagi kita mampu utk mencapai kesatuan..

--------->Begitu senang itu berijtihad menyebabkan perpecahan berleluasa..elakkan selagi boleh..

“Hendaklah kamu berjemaah dan jauhkanlah dari perpecahan, sesungguhnya syaitan menjauhi jemaah dan mendekati orang perseorangan. Sesiapa yang inginkan syurga, hendaklah menyertai jemaah.”

(Sebahagian dari hadith riwayat Imam Tarmidzi dalam sunannya)


--------->Pentingnya kesatuan dan jangan senang2 sgt membawa kepada perpecahan atau ta'adud, selagi kita mampu utk mencapai kesatuan..

Kepelbagaian manhaj para nabi telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah pada hari ini. Hal ini telah mengajak mereka utk berijtihad berdasarkan pengalaman mereka terhadap Nas al quran dan as sunnah. Ijtihad ini sendiri mungkin menghasilkan natijah atau keputusan yang tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ianya mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan!! . Bagaimanapun para mujtahid mendapat pahala hasil dari ijtihad mereka.

------->Menubuhkan satu jamaah lain memerlukan seorg Mujtahid. Utk menjadi seorg mujtahid utk mengeluarkan ijtihad dlm perkara2 sperti ini memerlukan kriterianya(Salah satu kriteria utk menjadi mujtahid tak silap ana boleh berbahasa Arab dgn fluent kerana 1st hand knowledge itu dalam bahasa Arab) . Bukan SEBARANGAN orang boleh mengeluarkan ijtihad..

------->Kita kena selidik latarbelakang (pendidikan dan sebagainya utk memastikan ketelusan dan kebenaran ijtihad mereka) seseorg itu sebelum menerima ijtihad mereka ini, tidak boleh terus bertaklid dgn pendapat2 mereka.


Penyatuan amal Islami sepatutnya adalah merupakan cita cita agung yang diharapkan oleh seluruh umat Islam walau di mana mereka berada terutama di tempat yang berlakunya fitnah perpecahan. Akan tetapi kebanyakan orang Islam menjadi serba salah kerana kini banyaknya Jamaah Islamiyyah yang wujud. Perkara ini mempengaruhi sikap serta cara mereka bertindak mengenai satu satu masalah. Lantaran itu timbullah tindak balas yang berbeza yang disertai dengan semangat fanatik jemaah!

--------->Jangan bersifat fanatik jamaah, ikutlah jamaah yg memperjuangkan Islam secara Syumul (Bukan dari sudut t'tentu spt Ekonomi dsbgnya mengikut waqi' kawasan..& utk berijtihad bukan calang2 org yg boleh berijtihad..), kalau ada kekurangan boleh dibaiki, mari sama2 baiki, bukan dengan semangat FANATIKL dan ikut-ikutan terus buat jamaah yg baru kerana Tanggungjawab membuat jmaah yg baru ini adalah besar dan bukan mudah.. Jangan bersikap terburu-buru..



Hari ini konsep baiah dan khalifah telah pun tiada akibat gugurnya Khalifah Islamiyyah. Oleh itu setiap jemaah Islamiyyah perlulah menyelaraskan kegiatan mereka antara satu sama lain.

-------->Mari selaraskan Kegiatan, jangan compete/bertanding kerana ini memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kita tidak focus kepada hal2 Umat Islam yg lain yg lebih Aula selain mencetuskan fitnah yg besar kepada Umat Islam dari kaca mata lain.




”Janganlah kamu menganggap diri kamu lebih bersih, Allah lebih mengetahui siapakah di antara kamu yang lebih bertakwa.”

(An Najm 53:32)

“Hai orang2 beriman, janganlah kamu memperolok olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yg di olok olokkan lebih baik dari mereka yang memperolok olokkan…”

(Al Hujurat 49 :11)

------->Refleksi diri bersama.. Sama2 la kita bermuhasabah & bukan dengan emotional..kalau ada ijtihad (oleh org yg layak)/ pendapat/dalil2 yg Lebih Tepat daripada org yg Lebih Layak, mari sama2 kita belapang dada dan menerimanya & membuang sikap ego..

Wallahua'lam, Allah knows best..

Anonymous said...

Assalamualaikum, out of curiosity...n supaya kita dapat berhusnozon apa stand/pendapat antum membuat jamaah baru ni? mst ada sebab yg konkrit..

Anonymous said...

Mmg benar tak boleh elak dgn pelbagai pendapat & ijtihad(oleh org yg ahlinya & menepati ciri2 seorg mujtahid).. Tp kita tanya diri kita sejauh mana usaha yg kita telah buat utk bersatu-padu(disaat Umat Islam berpecah-belah & difitnah & menjadi lemah disebabkan perpecahan)? Sekuat mana dalil kita utk membuat jamaah yg lain?