Google

Wednesday, October 04, 2006

Islam itu Indah.. btul tu..

Saya, anda dan juga mereka yang memilih islam sebagai cara hidup merupakan orang yang bertuah. Mengapa? kerana islam merupakan agama yang mudah, agama yang praktikal, agama yang benar. agama yang berada di pertengahan 2 ekstrim. Diantara ekstrim agama2 yang begitu membebankan pengikutnya dgn ajaran yg begitu sukar, yg begitu payah, sehingga menyakitkan pengikutnya, ataupun mengharamkan para penganutnya dari menikmati apa yg indah dari kehidupan mereka. Islam juga merupakan pertengahan diantara agama yang begitu longgar. Ada diantara agama yg begitu longgar sehinggakan tidak dapat membezakan para pengikutnya dgn org2 yg tidak beragama. Islam berada di pertengahan 2 ekstrim ini.

Islam sebagai satu ajaran dan sebagai cara hidup, merupakan ajaran yang mudah merupakan ajaran yang jelas. Tidak ada misteri dalam islam. Tidak ada kepayahan untuk memahami Islam. dan Islam itu sendiri sesuai dengan fitrah. Apa saja yang dihalalkan dalam islam oleh Allah, utk para penganutnya, adalah untuk kebaikan mereka. untuk kebaikan hidup mereka didunia, untuk kebaikan hidup mereka di akhirat nanti. Dan apa sahaja yg diharamkan oleh Allah swt, samada dalam Quran, ataupun melalui sunnah Rasulullah, merupakan perkara2 yang memudaratkan manusia itu sendiri. dan bertuahlah kita jikalau kita telah dilahirkan ataupun telah memilih islam sebagai cara hidup kita kerana kita sudah berada di bwk naungan dan juga petunjuk Tuhan.

Malangnya, Islam yang sebegini mudah, Islam yang sebegini praktikal, tidak mudah untuk diamalkan jikalau hati kita ini tidak bersih. Jikalau hati kita ini dipenuhi dengan kekotoran. Jikalau hati kita ini jauh daripada Tuhan. Jikalau hati kita ini tidak dibukakan untuk menerima kebenaran, maka apa sahaja yang ditunjukkan oleh Islam walaupun ianya mudah, walaupun ianya praktikal, walaupun ianya tidak membebankan akan terasa amat sukar untuk diamalkan. Tetapi jikalau kita mempunyai hati yang bersih, sentiasa terbuka untuk bersama dengan Allah, sentiasa terbuka untuk menerima kebenaran, maka segalanya akan menjadi mudah. Pokok pangkalnya, segalanya terletak pada HATI. Maka, bersama samalah kita menyucikan hati kita. untuk menyucikan kehidupan kita.

0 comments: