Google

Wednesday, October 04, 2006

Kisah di Tengah Malam

"Oi.. bangun.. makan sahur. ini barang yang kau kirim. terlepas pulak karang." wahid menyergah.

"Aduh.. ngantuknya! letak la atas meja tu. nanti aku makan," aku membalas.

Wahid beredar dari bilikku. Aku mencari-cari telefon bimbitku. Jam di telefon bimbit ku menunjukkan jam 3 pagi. Waktu kebiasaan aku bersahur. Lantas aku bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk menggosok gigi. Seusai sudah membersihkan diri, aku menghamparkan sejadah di sudut bilikku lalu langsung mengerjakan solat sunat.

"bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)," (73:2)
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (73:6)

sdasdMudah-mudahan sedikit usahaku ini menjadi amalan yang berguna di hari akhirat. Selesai solat, aku membuka bungkusanku. Malam itu aku mengirim nasi lemak kepada wahid. Tapi entah mengapa ada satu roti telur bersama-sama dengan nasi lemak. Tanpa berfikir panjang, lantas aku menghabiskan kesemuanya.

Perut berbunyi riang, tiba-tiba teringat rakan sebilik. Aku terlupa dia ada memesan mee goreng sitchick.

"Abang su, bangun! sahur! pukul 4 dah ni." jeritku.

"Uaahhh.. " Abang su menguap dan kemudian tidur kembali.

"Ish.. susah betul nak kejut budak sorang ni." ngomongku sambil menggongcang badan Abang su.

"Pembaris mana? pembaris..." Abang su tiba2 bertanya soalan pelik.
"Pembaris apa?" aku bertanya penuh kehairana.
"Cuba tengok kat situ."
"Pembaris apa? abang su mengigau ke?"

Abang su menggeleng kepala dan tersenyum. Sejurus selepas itu dia tidur kembali.

Keesokan harinya..

"Apasal hang tak kejut aku malam tadi? habis burn mee goreng aku!". Abang su tiba2 meninggikan suara ke atasku yang baru bangun tidur.
"?????.. hehe" gelakku dalam hati.


p/s: kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

0 comments: