Google

Thursday, October 05, 2006

Seeing Good In All

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Bismillahirrahmanirrahim,

Wahai ikhwah2 dan saudara seislamku sekalian, marilah kita sama-sama fikirkan sejenak segala sesuatu yang menimpa kita. Ingatlah bahawa segala seuatu yang penting bagi kita, yang mengangkat kita dan yang menjatuhkan kita, hanyalah tinggal memori yang mungkin kadang-kadang kita muhasabahkan hanya beberapa saat. Segala sesuatu yang amat kita harapkan, yang kita jauhi, hanyalah tinggal memori.

Akan tetapi, didalam perkiraan Allah, apa saja yang terlintas di fikiran kita diketahuiNya. Selepas kematian, destinasi yang pasti dilalui oleh semua umat manusia, di padang Mahsyar kelak, rekod2 Allah lah yang akan didahulukan. Hidup kita yang mungkin kita rasa hanya beberapa minit akan dibentangkan oleh Allah swt satu persatu. Dalam perkiraan Allah, segala yang tersirat dan yang tersurat tidak akan diabaikan.

Jika kita telah menafkahkan hidup kita untuk Allah dengan sebenar-benarnya, dalam segala segi, menerima tujuan utama penciptaan kita, dan menganggap segala yang terjadi adalah baik dan amat mengambil berat kesempurnaan aturan Allah, insyaAllah pulangan yang baik dari Allah menanti kita.

Kerana apa ikhwah sekalian? Kerana di hari akhirat nanti kita hanya akan dihadapkan 2 pilihan sahaja; Jika seseorang itu hidup bersama nilai2 yang ditetapkan Allah, syurga buahnya. Sebaliknya, dia akan menderita seksaan yang tiada penghujung.

Ikhwah sekalian, inilah keistimewaan Islam, inilah keistimewaan tarbiyyah al-Quran yang Allah turunkan buat kita. Sedar ataupun tidak, kandungan ayat-ayat Allah mengandungi nilai motivasi yang sangat-sangat tinggi. Mengambil segala sesuatu itu sebagai perkara yang baik bagi kita adalah payah. Tetapi, lihatlah hasilnya, menjadikan seorang mukmin itu sentiasa redha atas keputusan yang Allah berikan untuknya. Dan ianya juga mengajarkan kita erti sabar dan tabah.

Biar apapun yang akan menimpa kita selepas ini, anggaplah ianya sesuatu yang terbaik untuk kita, terbaik untuk segala-galanya. Itulah aturan Allah untuk kita. Tak kira di posisi mana pun kita berada, aturan dan ujian Allah wajib ada. Meskipun di dalam kekayaan, kemiskinan, kejayaan dan kejatuhan kita.

Wahai ikhwah sekalian, jadikanlah segala yang menimpa kita sebagai batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika mendapat nikmat, kita bersyukur, jika ditimpa musibah kita bersabar dan bersyukur.

Sabda Rasulullah swt: "Jika engkau memohon, maka mohonlah kepada Allah, dan engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk itu berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu berupa sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu selain berupa sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah atasmu. Pena-pena telah kering dan lembaran-lembaran telah dilipat".

Sabda Rasulullah swt: "Allah tidak menentukan sebuah qadha' bagi hamba kecuali qadha' itu baik baginya.

wassalam


Wednesday, October 04, 2006

Kisah di Tengah Malam

"Oi.. bangun.. makan sahur. ini barang yang kau kirim. terlepas pulak karang." wahid menyergah.

"Aduh.. ngantuknya! letak la atas meja tu. nanti aku makan," aku membalas.

Wahid beredar dari bilikku. Aku mencari-cari telefon bimbitku. Jam di telefon bimbit ku menunjukkan jam 3 pagi. Waktu kebiasaan aku bersahur. Lantas aku bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk menggosok gigi. Seusai sudah membersihkan diri, aku menghamparkan sejadah di sudut bilikku lalu langsung mengerjakan solat sunat.

"bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)," (73:2)
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (73:6)

sdasdMudah-mudahan sedikit usahaku ini menjadi amalan yang berguna di hari akhirat. Selesai solat, aku membuka bungkusanku. Malam itu aku mengirim nasi lemak kepada wahid. Tapi entah mengapa ada satu roti telur bersama-sama dengan nasi lemak. Tanpa berfikir panjang, lantas aku menghabiskan kesemuanya.

Perut berbunyi riang, tiba-tiba teringat rakan sebilik. Aku terlupa dia ada memesan mee goreng sitchick.

"Abang su, bangun! sahur! pukul 4 dah ni." jeritku.

"Uaahhh.. " Abang su menguap dan kemudian tidur kembali.

"Ish.. susah betul nak kejut budak sorang ni." ngomongku sambil menggongcang badan Abang su.

"Pembaris mana? pembaris..." Abang su tiba2 bertanya soalan pelik.
"Pembaris apa?" aku bertanya penuh kehairana.
"Cuba tengok kat situ."
"Pembaris apa? abang su mengigau ke?"

Abang su menggeleng kepala dan tersenyum. Sejurus selepas itu dia tidur kembali.

Keesokan harinya..

"Apasal hang tak kejut aku malam tadi? habis burn mee goreng aku!". Abang su tiba2 meninggikan suara ke atasku yang baru bangun tidur.
"?????.. hehe" gelakku dalam hati.


p/s: kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Islam itu Indah.. btul tu..

Saya, anda dan juga mereka yang memilih islam sebagai cara hidup merupakan orang yang bertuah. Mengapa? kerana islam merupakan agama yang mudah, agama yang praktikal, agama yang benar. agama yang berada di pertengahan 2 ekstrim. Diantara ekstrim agama2 yang begitu membebankan pengikutnya dgn ajaran yg begitu sukar, yg begitu payah, sehingga menyakitkan pengikutnya, ataupun mengharamkan para penganutnya dari menikmati apa yg indah dari kehidupan mereka. Islam juga merupakan pertengahan diantara agama yang begitu longgar. Ada diantara agama yg begitu longgar sehinggakan tidak dapat membezakan para pengikutnya dgn org2 yg tidak beragama. Islam berada di pertengahan 2 ekstrim ini.

Islam sebagai satu ajaran dan sebagai cara hidup, merupakan ajaran yang mudah merupakan ajaran yang jelas. Tidak ada misteri dalam islam. Tidak ada kepayahan untuk memahami Islam. dan Islam itu sendiri sesuai dengan fitrah. Apa saja yang dihalalkan dalam islam oleh Allah, utk para penganutnya, adalah untuk kebaikan mereka. untuk kebaikan hidup mereka didunia, untuk kebaikan hidup mereka di akhirat nanti. Dan apa sahaja yg diharamkan oleh Allah swt, samada dalam Quran, ataupun melalui sunnah Rasulullah, merupakan perkara2 yang memudaratkan manusia itu sendiri. dan bertuahlah kita jikalau kita telah dilahirkan ataupun telah memilih islam sebagai cara hidup kita kerana kita sudah berada di bwk naungan dan juga petunjuk Tuhan.

Malangnya, Islam yang sebegini mudah, Islam yang sebegini praktikal, tidak mudah untuk diamalkan jikalau hati kita ini tidak bersih. Jikalau hati kita ini dipenuhi dengan kekotoran. Jikalau hati kita ini jauh daripada Tuhan. Jikalau hati kita ini tidak dibukakan untuk menerima kebenaran, maka apa sahaja yang ditunjukkan oleh Islam walaupun ianya mudah, walaupun ianya praktikal, walaupun ianya tidak membebankan akan terasa amat sukar untuk diamalkan. Tetapi jikalau kita mempunyai hati yang bersih, sentiasa terbuka untuk bersama dengan Allah, sentiasa terbuka untuk menerima kebenaran, maka segalanya akan menjadi mudah. Pokok pangkalnya, segalanya terletak pada HATI. Maka, bersama samalah kita menyucikan hati kita. untuk menyucikan kehidupan kita.

Tuesday, October 03, 2006

Wallahu'alam

we are truly human.. the reasons? of course.. we have brain, 'aqal, emotions. i'm truly human, n u're truly human also. it's just the way u express ur emotions sometimes buatkan org terase.. ye la.. sape mkn cili.. aku makan cili. samada simpan emotions tu dlm pale otak atau bgtau org. byk kelebihan bgtau org ni. nobody's perfect in this world. kalau dlm percakapan pun byk salah.. apatah lg dgn tulisan. sbb kalau perasaan dan pandangan ni ditulis, mungkin saje org bace. pastu org yg baca tu pulah dpt hidayah nak advise org ni. die pun advise la.. bukan camtu, camni.. tp susah plak kalau dah terpengaruh ngan nafsu dan syaitan. lain jadinye. begitu jugak kalau disimpan dlm hati. lame kelamaan kalau emotion dan pandangan yang salah tu dah melambak lambak, sampai dah basi, ianya blh mengotorkan hati dan menjadikannya keras! sampai kita dah sebati dgn kesalahan. mudah mudahan emotions atau pandangan yg dikeluarkan dpt diperbetulkan dgn seadanya.. kita x mampu mengubah tp bole memberi advise. we're here not for war.. but for gaining knowledge and mardhotillah.

p/s: Jazakumullah atas komen yang membina.. biasela.. biasela.. biasela.. jd aku harap jgn la kesilapan yang sekecil ni menjadi tembok pemisah dlm kita bersahabat.. biasela melayu.. skali x suke jgn harap nak bertegur sape. ceh.. berfalsafah la plak. jgn la membenci seseorang kerana satu sikap die yg kita x suka. bersikaplah adil.. saya percaya pada anda! hehe

semut? whats ur opinion?


"Jadilah seperti resminya padi. semakin berisi makin tunduk kebumi. makin berilmu makin merendah diri."

Pepatah yang selalu kita dengar. moral value yang cukup2 tinggi untuk dihayati dan diamalkan oleh umat manusia. seorang insan yang bersikap tawadhu', ditambah pula dengan berilmu, amat dihormati tanpa perlu menagih. contoh tauladan terbaik yang boleh dijadikan benchmark kita adalah Rasulullah sendiri.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab 33:21)

tapi tu resminya padi. macamana kalau resminya semut? semut yang selalu menganggu kehidupan kita. binatang yang paling byk kita bunuh. sedar x sedar, semut2 yang di bunuh ni membawa seribu makna dan pengajaran.

perbandingan semut ni bleh kita bandingkan dgn sebuah bandah yang hanya blh dibina oleh orang ramai yang berkumpul. dan sememangnya manusia ni menginginkan peraturan/panduan/guidance untuk menjamin keamanan dan keselamatan. mustahil keselamatan terjamin kalau xde yang mengawal. dan satu fakta mengenai modern city ni adalah individualism. tiap2 individu kat city tu mempunyai misi dan visi tersendiri dan kebanyakan manusie2 ni meletakkan cita2 derang dihadapan skali. kepentingan sosial diletak kat blakang.

tp cuba kita bayangkan sekarang satu bandar yang mantap. bayangkan beribu ribu penduduk hidup kat dalam bandar tu. tp x seorang pun yang ambik kisah kepentingan diri die. dlm bandar tu, mereka meletakkan kepetingan sosial dan org lain tu melebihi segalanya. bayangkan masing2 bekerja keras dgn sanggup berkorban apa saja~.. bekerja dlm keadaan aman, xde gaduh2.

tp society semacam tu mmg xkan dpt dijangkaui manusia.. sbb perfect. mustahil bg manusia. tp society semacam tu mmg dah lame wujud kat dunia ni. sejak dari zaman Nabi Sulaiman. korang pun tau kan kisah die. dah yang gempaksnye menatang ni ade kat mane2 je kat bumi ni. almost everywhere. dan makhluk tu x lain dan x bukan adalah semut!. tahniah buat semut!

semut ni hidup dlm koloni beratus, beribu dan blh mencecah juta individu. setiap satu dlm koloni tu memainkan peranan derang pada tahap 100% with no lacking. xde yg buat masalah dlm posisi atau keje derang. yang terutama adalah survival koloni tu. tiap satu akan menyerahkan nyawa kalau terpaksa. mustahil nak jumpe semut lapar n semut tersesat. (ade tu ade.. tp tu sbb melekat kat baju cthnye pastu org tu blah..) . bende ni terjadi sbb terjalinnya cooperation yang mantap, harmony dan perkongsian antare mereka. kadang2 satu titik air pun dishare. makanan dikumpulkan pastu simpan dlm sarang utk dikongsi. dalam semut xde selfishness. xde yang bersendirian. masing2 adlh satu bahagian dr sebuah giant organization. dengan semut2 ni punya social life n social orgnization, mengalahkan manusia dan semut ni sememangnya pembuktian sebenar benarnya kehebatan, kekuasaan Allah dlm menciptakan makhluk

skang cube consider beberapa spisis semut, dan bersama sama kita tgk keajaiban semut2 ni, keajaiban ciptaan yang disumbat dlm pale otak makhluk kecil ni.

-wallahu'alam-

Sunday, October 01, 2006

Malam Ramadhan yg penuh barakah. tapik..

1 Oktober 2006
Pkul 1 lebih am
Sport Complex University Technology of Petronas

Tibe2 pintu bilik kene ketuk. pastu pg la bukak pintu, dan tibe2 lg member tu suh pegi ambik gamba orang main futsal kat atas court tenis. katenye nak bubuh dlm manifesto pilihan raye. x lame lg akan berlangsung election yang paling hangat dlm sejarah utp nih... haq melawan batil. pastu aku pun pegi la.. tp kamera xde. pg bilik member sat ambik kamera pastu trus ke court tenis. sampai2 skali xde orang futsal.. agak kecewe la jgk.. turun naik tangge carik kamera.

time to go back.. tp rase pelik skit.. kat parking lot sport complex yg kosong tu ade satu motor n satu kete kancil slain kete proton iswara aku. very2 wonder oo... nak kate orang main bola.. gelap gulita. dlm pale otak pk ni sure ade org tengah dating. utk memuaskan hati pg la jenguk sat.. dr kejauhan dalam kegelapan malam ramadhan, ternampak 2 kapel.. satu x pakai tudung.. satu lg pakai tudung! malas nak kacau yg x pakai tudung.. assume org kapir.

pg kat yg pakai tudung.. korang tau ape yg aku nampak? lbh kurang la mcm kat 'lubuk tupah'..

tu la die gaye kasanova utp... dgn rase bersalah aku mendekati kapel ni.. lalu berlakulah conversation yg panas.

aku: assalamualaikum.. buat ape tuh?

kapel tu tergamam.. ye la tibe2 ade org menyape dlm gelap..

aku: buat ape ni?
skali tgk muke laki tu budak turkmenistan. aiseh.. kene speaking plak.

aku: what r u doing here?
turkmen: what do u mean doing? why are u here?
aku: are u married?
turkmen: i'm going to merried her (ckp dgn nada nak gaduh.. dlm hati mls nak layan.. tp die block jln aku)
aku: i'm just asking whether u're married or not? the answer is yes or no. so?
turkmen: (x tau nak jwb ape) what r u doing here? i mean is this ur job?
aku: i'm here because Allah said in the Quran: "wa laa taqrabuzzina"
turkmen: i dind't do zina!
aku: hey.. u don't understand the ayah. Allah said "and never go near zina". Allah does'nt said "and don't do zina"!.
turkmen: hey.. i don't want to make trouble with u...

dan seterusnye.. rasenye x pentingpun lepas tu.. 2 things I want to highlight here.

1. Kenape perempuan melayu Islam, yang berhijab, dan dlm bulan ramadhan lg, tergamak buat bende mcm ni? kalau budak turkmen tu mmg la.. dah well known derang ni mmg jahil bab2 agame ni. tp bagi perempuan melayu Islam, yg dah pernah lalui proses 'pembelajaran' agame islam xkan x tahu. di manakah silapnya? pak gad utp? pak ali? mpp? harussani? atau kite sendiri. tengok kwn2 berkepit sane berkepit sini.. dlm hati rase benci! menyampah.. tp tu je la yg kite mampu buat.

2. dlm akhir2 conversation td tu turkmen tu ade menyentuh soal2 jage tepi kain orang. malas nak bagi dalil sbb bende simple mcmni budak skolah pon blh pikir apetah lg budak utp melainkan derang ni mmg keras kepale. alangkah beruntungnye kite sbb Rasulullah, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, salafus soleh, semuanya amat suka menjaga tepi kain orang. kalau mereka2 ni x suke jaga tepi kain orang, nescaya cahaya Islam ni xkan sampai kat kite. tp di zaman moden ni bende nilah yang paling orang lekehkan skali. katenye ketinggalah zaman, kolot, nak jadi ustat, kubur sendiri-sendiri dll.

wahai kawan2 ku, jomla berfikir, kalau semua org kat dunia ni jage tepi kain sendiri, ape yg akn terjadi pd bumi ni. palestin? malaysia? apakah cukup dengan hanya menuding jari? gerakah Islam x buat keje btul2.. abis tu kite ni org ape? bukan Islam ke? dan satu kene igt.. dlm Islam semua manusia tu ditanggungkan amanah yg sama! iaitu beribadah kpd Allah. xde speciality. bukan org tertentu je yg wajib menyampaikan ajaran Islam.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." 3:110

jadilah umat terbaik!

-wallahu'alam-