- Bangun malam (qiamullail) untuk melakukan solat-solat sunat seperti solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir. Paling mudah lakukan sebelum bersahur, bagun awal sedikit. Bersahur seelok-eloknya satu hingga setengah jam sebelum terbit fajar.
- Selepas bersahur, bersihkan mulut sebersih-bersihnya sementara menantikan azan Subuh dan kalau mampu, mandi supaya anda mulakan puasa setiap hari dalam keadaan yang suci dan bersih.
- Tunaikan solat Subuh secara berjemaah.
- Menahan diri daripada makan dan minum dan daripada segala perkara yang membatalkan puasa.
- Membaca Al-Quran selepas solat Subuh semampu yang boleh.
- Menegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti berdusta, mencaci, menghina, mengumpat, memfitnah, bertengkar, menzalimi orang lain dan binatang, mencarut dan mungkir janji termasuk perbuatan-perbuatan yang makruh dan sia-sia.
- Berusaha untuk menunaikan semua solat fardhu dalam keadaan berjemaah.
- Sekiranya berkesempatan, ambillah sedikit waktu selepas solat Zohor dan Asar untuk membaca Al-Quran.
- Apabila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka dengan sedikit makanan seperti mengambil segelas air dan beberapa biji kurma atau buah-buahan lain. Jangan lupa untuk berdoa ketika berbuka puasa.
- Tunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
- Sempurnakan makan malam dengan menjaga adab-adabnya dan jangan mengambil makanan sehingga anda tidak mampu bangun bagi mendirikan solat Tarawih.
- Berehat sebentar sebelum menunaikan solat Tarawih.
- Solat Tarawih secara berjemaah dan pastikan solat tersebut dilaksanakan dengan penuh tertib dan sempurna, bukan dengan cara yang tergesa-gesa dan tanpa menjaga adab-adabnya.
- Apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, berusahalah untuk beriktikaf di masjid dan berdoa agar Allah menemukan kita dengan ‘Lailatul Qadar’ yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan. Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil dari malam ke-21 hingga malam ke-30 atau dari malam ke-20 hingga malam ke-29.
- Menghiaskan diri dengan sifat sabar dan berusaha sedaya upaya supaya tidak mudah marah dan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
- Menggunakan ruang masa yang ada untuk meningkatkan keilmuan dan kefahaman anda terhadap agama Islam.
- Melakukan ibadah yang diperintahkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan agar kita memperoleh sifat takwa.
- Memperbanyakkan sedekah dan membantu golongan yang fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan bantuan.
- Membanyakkan syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan selama ini.
- Memelihara diri daripada penyakit dengki dan iri hati terhadap sesama Muslim.
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.
- Sekiranya mampu, jemputlah saudara-mara dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di rumah kita, kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah.
- Galakkan ahli keluarga untuk menyediakan tabung untuk membantu saudara Muslim yang sedang diuji oleh Allah seperti di Palestin, Filipina, Iraq, Afghanistan, Chehnya, Kashmir dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment