Google

Monday, January 26, 2009

Buku Himpunan Risalah Dakwah Jilid 1 dan 2

Pulang dari indonesia membawa lebihan barang untuk dijual.
Dengan harapan moga bisa mengurangkan ongkos kapal terbang.

Hanya ada 2 set Jilid 1 & 2
tinggal 1 set lagi Jilid 1 & 2
2 - 2 maknanya, dah habis..
jazakumullah,
Asya Maira
faza4peace
RM20
tiap satu jilid


insyaallah
akan ada lagi barang yang akan dijual
jadi, sentiasalah update blog ni

kat kedai mahal ni,
sementara tak habis lagi,
sapa cepat dia dapat,
emailkan kepada
mhma56@gmail.com

atau nampak x kat sebelah kanan?
kalau online boleh di buzz
no problem

Friday, January 23, 2009

Stigma Kebencian Atas Iran Melalui Hollywood


“Filem 300 ditujukan untuk penonton yang rendah pertimbangannya. Bahkan dalam filem itu sama sekali tidak dijelaskan kepentingan pengorbanan untuk menyelamatkan Thermopylae dan juga tidak ada sedikit pun ulasan soal kekalahan total Yunani dalam menghadapi bangsa Iran. Bahagian lain juga menampilkan parlimen Yunani yang menolak untuk memberikan dokongan dan bantuan kepada Raja Leonidas melalui siri-siri perdebatan. Ini mengingatkan kongres AS yang menolak cadangan Bush soal perang di Irak.” (The Washington Post)

Sejarawan Skotland, Thomas Carlyle, pada tahun 1843 menulis: “Sejarah adalah potongan kisah yang sarat kedustaan, manipulasi dan cuma menceritakan kisah para pemenang”.

Hampir dua abad kemudian, kalimat-kalimat Carlyle terasa bergema kembali menggetarkan relung nurani. Bagaimana tidak, saat sang adi daya AS menghukum Iran yang dicurigai sedang mengembangkan senjata nuklier, Hollywood tiba-tiba menerbitkan filem yang menggambarkan stigma bahawa bangsa Parsi (Iran) merupakan bangsa yang kejam, haus darah, barbar dan mungkin dalam terminologi millennium ketiga ini boleh disebut “terrorist”.

Adalah filem “300” yang pertama dimainkan tanggal 19 Mac 2007 yang menempelkan stigma tersebut. Filem kelakar Warner Bross yang diangkat dari novel Frank Miller ini menceritakan tentang Peperangan Thermopylae (480 SM), antara pasukan Parsi pinpinan King of Xerxes (Khashayar Shah), Raja Parsi dari Dinasti Achaemenian, yang ingin merebut Yunani melawan 300 kesatria Sparta yang dipimpin Raja Leonidas.

Melalui penggunaan kesan khas yang sangat istimewa, bangsa Iran dalam filem ini digambarkan sebagai bangsa yang tidak bertamadun. Raja Xerxes digambarkan sebagai seorang diktator yang selalu dikelilingi pelacur yang sangat ‘liar’ dan tukang sihir. Berlawanan dengan bangsa Sparta yang digambarkan berperadaban tinggi dan domoktarik.

Bernarkan begitu faktanya? Touraj Daryaee, seorang professor Sejarah Kuno dari Universiti California membantah paparan filem yang hanya dibuat dalam waktu 60 hari ini. Berdasarkan catatan sejarah yang ada, demikian Daryaee, Persia di bawah kekuasaan Dinasti Achaemenian adalah sangat maju pada zamannya dan telah mencipta perundangan-perundangan yang sangat manusiawi. Berbeza dengan masyarakat Sparta yang masih berada di bawah sistem hamba dan penyeksaan.

“Sparta adalah kerajaan ketenteraan, sejarah peradaban Iran lebih dahulu muncul beberapa abad sebelum peradaban Eropah. Iran merupakan bangsa yang pertama yang mendirikan kekuasaan di dunia. Pada saat itu, bangsa Iran berkuasa di berbagai kawasan yang meliputi Mesir hingga India dan melintasi Teluk Parsi hingga Yunani,” ujar Daryaee.

Dinasti Achaemenian pada zamannya telah mempersembahkan berbagai karya besar untuk umat manusia: Institusi Pos, bendungan air, sistem pengairan, dan jalan pengangkutan yang panjang adalah sedikit diantaranya. Bahkan Istana Persepolis yang berdiri di Parsi merupakan simbol peradaban dunia kala itu. Pemula peradaban Achaemenian adalah seorang pendekar bernama Cyrus. Dalam sejarah, Cyrus juga tercatat sebagai pembebas kaum Yahudi dari kezaliman bangsa Babilonia. Pada 2500 tahun yang lalu, salah satu raja dinasti Achaemenian bernama Darius juga menguasai Terusan Suez.

Dinasti Achaemenian akhirnya runtuh setelah datangnya serangan dari Alexander Macedonia. Alexander bercita-cita untuk menguasai dunia, termasuk Iran, sehingga dia melakukan serangkaian ekspedisi peperangan ke pelbagai wilayah. Alexander Macedonia menyerang Iran dengan membakar Istana Persepolis. Kesan istana itu hungga kini masih ada di Shiras, selatan Iran.

Sekarang, Barat sebagai penerus cinta-cita Alexander kembali menggelar perang terhadap Iran melalui pelbagai cara, termasuk melalui filem Hollywood. Presiden Iran Mahmoud Ahmmadinejad pun menegaskan jika filem ini sengaja diterbit untuk menempelkan stigma pada bangsa Iran bahawa bangsa besar tersebut adalah teroris.

“Hollywood adalah satu bentuk realisasi cita-cita politik Washington di dunia perfileman. Mereka berusaha keras mencoreng peradaban besar Iran dan membangun pendapat bahawa Iran adalah bangsa teroris,” tegas Ahmadinejad.

Thursday, January 15, 2009

C.O.M.P.L.E.T.E

Wednesday, January 07, 2009

Membangun Hubungan Dengan Orang Lain

Berbicara tentang komunikasi dan hubungan dengan orang lain, mempengaruhi mereka dan mengambil manfaat atas apa yang ada pada mereka, menuntut kita membicarakan tentang seni membangun hubungan dengan orang lain, metod dan cara yang perbagai serta fleksibiliti dalam berinteraksi dengan mereka. Ataupun boleh disimpulkan sebagai satu seni kehidupan yang wajib, yang tidak boleh tidak dan harus dimiliki setiap manusia jika mahu hidup bahagia. Terlebih lagi dengan seorang da'ie yang menjalankan perniagaan islam dan selalunya secara direct selling, sangat perlu memerhatikan hal ini.

Berikut beberapa kaedah penting yang harus diikuti dalam membina hubungan dengan orang lain.

1. Perbaiki Hubungan Dengan Allah swt.

Perbaiki hubungan denganNya, maka Allah swt akan memperbaiki hubungan kita dengan orang lain, kerana hati kita berada di dalam genggamanNya, Dia yang membolak balikkannya menurut kehendakNya. Dialah yang membuat kita ketawa dan menangis.

"Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:62,63)

2. Mengkaji Karakter Seseorang

Beberapa kajian psikologi telah membuktikan bahawa setiap orang mempunyai corak, ragam dan karakter tertentu; dan secara umum setiap corak, ragam atau karakter itu bersifat visual (seseorang dalam melihat alam ini dan berinteraksi cenderung melalui gambar) atau boleh berkarakter mendengar (cenderung melalui kata-kata) atau berkarakter merasakan (cenderung melalui perasaan-perasaan dan getaran hati nuraninya.

Oleh sebab itu, mengenali karakter seseorang, kemudian berusaha memasukinya melalui karakter yang ada, menyebabkan keserasian yang cepat.

3. Ambil Tempat Orang Lain

Posisikan diri kita seperti orang lain, kemudian bicara pada mereka sesuatu yang mereka suka, pergauili mereka dengan sikap yang sesuai bagi mereka. Selalunya kita apabila memulakan bicara, lebih enak membicarakan soal sendiri lalu menyebabkan pendengar bosan. Elakkan.

4. Senyum

Senyumlah selalu, lebih-lebih ketika keadaan menekan atau kejadian yang menyedihkan.

5. Ketenangan

Jagalah ketenangan diri dan emosi hati kita ketika terjadi sesuatu yang mmembuat hati menjadi emosi atau marah. Ingatlah wasiat Rasulullah, "Jangan marah, jangan marah, jangan marah".

6. Selalu mempertimbangkan perasaan orang lain, hak-hak dan keperluan mereka

7. Pilih Kata-kata

Pilih perkataan dalam percakapan dengan pernuh hati-hati, lebih-lebih lagi dalam pertemuan pertama. Berseri dan bergembira ketika berbicara dengan orang lain. Jauhi dari mimik dan raut muka kasar, walaupun kata-kata kita lebih lembut dari angin.

8. Jika keadaan tidak memungkinkan kita untuk bercakap soal tertentu, tangguhkan dengan lembut dan tunda ke waktu lain yang lebih tepat.

9. Hiasi ucapan dan bicara kita dengan kelembutan, humor atau peribahasa, tetapi jangan berlebihan, serta jangan menipu.

10. Hadiah walaupun kecil, bersegera dalam menolong dan membantu orang lain, walaupun sedikit adalah salah satu faktor dan sarana penting untuk menarik hati dan membangun hubungan antara sesama. Rasulullah bersabda, "Saling memberilah hadiah kalian nescaya kalian akan saling mencintai".

11. Menyebarkan salam dam membalas ucapan salam dengan lebih baik merupakan kunci hati, maka berusahalah untuk memiliki kunci ini dan janganlah kitaa seperti sebahagian orang yang jika orang lain memberi penghormatan, dia memandang pelik kerana tidak kenal.

12. Tepati janji dan jujur dalam berbicara walaupun kita tidak mampu berbuat seperti apa yang mereka inginkan. Tidak ada sifat anusia yang lebih kita dan lebih jijik dari dusta. Sifat dusta dapat menurunkan darjat dan kehormatan seseorang, di samping dapat menyebabkan orang lain tidak percaya lagi padanya.

13. Dermawan walaupun sedikit dapat menempatkan kita pada posisi tertinggi dan terhormat di hati manusia. Tidak mungkin seseorang yang memperoleh kecintaan dari manusia kalau dia mempunyai sifal bakhil.

14. Sederhana, tidak memberatkan dalam berhubungan dengan orang lain, teratur dan serasi dalam kehidupannya dapat menyebabkan orang lain menghormati kita, bahkan dari musuh sekalipun.

15. Selalu menjaga kebersihan badan, mulut, pakaian, penampilan diri tanpa berlebihan, dan berbau harum merupakan salah satu sarana yang membuat orang lain senang berinteraksi dengan kita.