Google

Saturday, June 21, 2008

Kesenjangan Masyarakat Dalam Mendirikan Solat


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat, mereka berdiri dengan malas; mereka bermaksud riya' di hadapan manusia dan tidak menyebut Allah kecuali sedikit" (4:142)

Solat ni dah jadi masalah besar umat Islam kini. Semakin dalam menyelidiki masyarakat yang mengaku Islam, semakin tinggi undi tak percaya pada apa yang dikatakan. Dosa meninggalkan solat ni saya dah lihat di merata-rata tempat.

Dua bulan lepas, saya menghadiri latihan jalan lasak Jabatan Pertahanan Awam 3 (jpa3) yang bermula dari kampung pasir, sampai ke air terjun tepi jalan ulu yam. Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit dengan beberapa 'checkpoint' bermula jam 1 pagi. Sampai ke destinasi dalam 7.30 pagi.. Saya berada di dalam kumpulan yang terakhir dilepaskn. Bila sampai , saya tengok kawan2 yang dah tiba sedang tidur atas jalan.

Saya tanya seorang pegawai yang berkawal,

"Cik, nak solat subuh di mana?"
"Erm.. cuba kau tengok kat bawah tu ada sungai"

Saya pun pelik.. cuba tengok? Diorang ni masih tak solat lagi kah? Kemudian saya pun turun ke bawah dan ambil wudhu'. Belum pun selesai, turun seorang pegawai panggil saya naik, dah nak bertolak balik. Saya pun akur, nanti kena tinggal pula. Tiba di HQ jam 8.30 pagi. Saya terus ke surau, untuk solat subuh dan waktu tu saya berseorangan ke surau walaupun jumlah peserta tak kurang 60 orang. Bila ditanya kenapa tak solat, tak sempat dan dah habis waktu katanya.

Takkan 1/60 saja yang menjaga solat? Kalau dihitung waktu yang diperlukan untuk solat lima waktu, rasanya tak sampai 10%. Apakah masalahnya sehingga umat ini dilanda masalah sebegini? Perkara meninggalkan solat ni dah diketauhi umum, apatah lagi melalaikan solat?

Sudah tentu ini terkait dengan masalah aqidah. Keyakinan terhadap agama yang dianuti semakin kurang dan lenyap. Solat merupakan tiang agama. Tanpa tiang, maka robohlah sesuatu binaan. Kesan dari meninggalkan solat ini jelas dilihat pada individu. Bagi saya, orang yang meninggalkan solat, sudah menganggap bahawa agama adalah tidak penting dalam hidupnya.

Sebenarnya, jika seseorang "hidup" di atas hakikat solat dan mihrabnya, akan merasa manisnya iman dan lazatnya taat, sehingga tidak menganggap solat itu berat dan tidak malas mengerjakannya. Bahkan, ia rindu ingin segera mengerjakan solat dan menunggu datangnya waktu dengan suka cita, agar ia merasakan ketenangan dengannya dan bahagia dapat berdiri di hadapat Allah.

Dengan berat hati, saya harus berkata kepada orang-orang yang malas solat, menganggap solat itu tidak penting, dan berat mengerjakannya, bahawa perilaku seperti itu adalah mirip sifat munafik. Oleh sebab itu, kita harus menjauhinya dan menghilangkannya jika memang ada dalam diri kita.

"Sesungguhnya orang - orang munafik itu ditempatkan pada tingkat neraka yang paling bawah dan kamu sekali- kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka" (4:145)

Wallahu'alam

1 comments:

Anonymous said...

betul2...
sy support Islam.
aKhir zaman byk maksiat berlaku..
mereka kurang dapt ddkan agama..
ada yang agama tinggi tp alpa sktika ble dapat nikmat duniawi..
solat perkara yang pertama di hisab hari kiamat..
ingat2 lah..contohilah sifat nabi yang sederhana, bijak mentadbr,fathonah,jiwa kental..
hIdup In Islam..