Pagi semalam aku pulang kerumah. seperti biasa program habis, dalam jam 1 pagi tiba di rumah. Aku terdengar bunyi bising seperti benda terbang yang berlanggar-langgar. Depan rumah ada pohon jambu air yg agak lebat. Aku dengar bunyi sesuatu bergerak didalamnya, kemudian ia keluar dan menghentam tembok rumah, dan terus terbang lg dan menghemtam benda lain. ia terbang terlalu laju. Tak tahu apakah benda tersebut. Aku agak kelawar krn gayanya yang x tahu arah tuju dan buta adlh sama dengan kelawar.
Keesokan paginya, selepas bersarapan, ummi bercakap dgnku. Katanya dia seperti dihimpit semalam, tak dpt bernafas, dan terasa amat panas sekali walaupun ummi tidur bawah kipas. katanya lagi, bila nak pejamkan mata, terasa seperti ada sesuatu yg banyak dtg kepadanya. jadi, dia tak dapat tidur. Lagi, adikku yang tinggkatan 5 cerita. katanya, ketika tidur, 2 kali dia terlihat kelibat orang di dalam biliknya.
Langsung aku teringat 'kelawar' yang kulihat semalam. biasanya kelawar dikaitkan dengan ilmu hitam. wallahu'alam. tapi kehadiran kelawar pernah terjadi beberapa bulan lepas. ia cuba utk masuk ke dalam rumah namun tak berjaya. ia terbang ke pintu waktu pintu terbuka tapi seolah-olah ada yang menghalang sehingga ia melantun balik. aku rasa ianya pasti berkaitan dgn kejadian di kampung. atukku terkena buatan orang. ada satu masa tu, di ruang tamu di kampung, terdapat seekor kelawar yg berterbangan. kemudian hilang. malam itu juga, atuk macam cacing kepanasan.
hari ini aku pulang lewat lagi. perkara serupa seperti semalam yang kulihat...
wallahu'alam.
Friday, May 02, 2008
Bukan cerita penglipur lara
Posted by antamuSlim at 2.5.08
Labels: My Life's Worth
0 comments:
Post a Comment