Google

Wednesday, February 07, 2007

Berteduh di Padang Mahsyar

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).

Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -

"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiadanaungan selain naungan-Nya ialah:

1. Penguasaan pemimpin yang adil.

2. Seorang REMAJA yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah

3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7. Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi,hingga kedua matanya mencucurkan air mata."

(Iman Bukhari & Muslim).

Amalan Konservative Dalam Islam?

Assalamu'alaikum wbt.

Terlintas dalam fikiran mengenai tanggapan sesetengah orang terhadap amalan yang dianggap konservative dalam Islam. Perkataan konservative bukanlah satu perkataan yang baru. Mungkin biasa didengar dan mungkin juga ramai yang tidak mengerti maksud perkataan tersebut. Amalan konservative dalam Islam bermaksud amalan yang dianggap lama atau kuno yang masih diamalkan sehingga sekarang (dalam konteks masyarakat melayu). Perkara ini telah banyak diperbahaskan di kalangan ulama' serta ilmuan. Apakah benar terdapat "amalan yang konservative dalam Islam"? atau dalam makna lain bolehkah diterima frasa seperti tu? Di sini saya cuba mengutarakan pendapat peribadi serasional mungkin.

1. Sebenarnya saya pun tidak pasti maksud sebenar yang dibawa dalam statement "amalan konservative dalam Islam". Apakah amalan-amalan yang dimaksudkan tersebut? Pada pendapat saya, hal ini kita boleh lihat dalam segolongan atau sekelompok masyarakat yang menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan ini. Amalan yang dilabelkan sebagai konservatif ini termasuklah tahlil, marhaban, salam selepas solat, zikir beramai-ramai dan lain sebagainya yang bg mereka amalan2 ini tiada dalil di dalam alQuran dan bid'ah. Mungkin kita juga sudah sedia maklum perkara ini.

2. Apakah sebab amalan-amalan ini dilebelkan sebagai "konservatif"? Di dalam sebuah hadith soheh Rasulullah, mafhumnya "Setiap bid'ah adalah sesat". Bid'ah bermaksud mengada adakan sesuatu yang tiada dalam Islam. Tetapi jumhur ulama' bersepakat dalam mentafsirkan hadith Rasulullah, terdapat bid'ah hasanah dan bid'ah dolalah. Mereka (sekelompok orang yang menganggap sesetengah amalan konservative) menganggap amalan-amalan seperti contoh di atas adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu harus ditolak.

Sekarang saya hendak membahaskan penggunaan kata konservatif. ianya bukan berasal dari bahasa melayu. Ianya berasal dari Bahasa Inggeris. Pemilihan kata di dalam sesuatu perkataan adalah amat penting. Dalam surah al-Baqarah ayat 104:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): "Raa'ina, tetapi katakanlah: "Unzhurna" dan "dengarlah". Dan bagi orang-orang kafir siksaan yang pedih"

Menurut beberapa riwayat, sebab dilarangnya mengucapkan perkataan "Raa'inaa" adalah kerana orang Yahudi suka memutar belit dalam percakapan. Mereka menujukan perkataan itu kepada Nabi saw. sehingga bisas menimbulkan makna lain yang merupakan pecahan dari kata "Ra'unah" iaitu "kebodohan yang amat sangat".

Dan bagi saya, penggunaan kata konservatif tidak valid sama sekali. Pandangan saya, tiada yang dinamakan amalan konservatif di dalam islam (amalan lapuk, amalan orang tua2). Kerana amalan di dalam Islam itu harus didasarkan pada syariat. sepanjang pemerhatian saya, amalan yg dianggap bid'ah, konservatif dan harus ditinggalkan itu tidak melanggar syariat. tahlih itu doa dan zikir, bersalaman itu moral value dsb.

3. Apakah kesan seruan meninggalkan amalan2 tersebut terhadat masyarakat? Seruan atau slogan sebegini banyak memberi impak negatif terhadap masyarakat. Kerana perkara yang dibahaskan adalah terlalu remeh yang lama kelamaan masyarakat akan terasa leceh terhadap Islam. Lama kelamaan masyarakat akan merasa terbeban oleh seruan, dan merasa amat payah untuk melakukan kebaikan. Seterusnya lahirlah masyarakat yang tidak pedulikan Islam. Saya berkata berdasarkan pengalaman apabila seorang rakan berkata "ape la korang ni, bende kecik tu pun nak gaduh2, jadi macam aku lagi bagus, tak blaja agama, aku x solat, x gaduh2.. steady ja.."

4. Kesimpulan? Tiada amalan yang konservative dalam Islam. Amalan yang dibawa oleh Islam adalah valid sepanjang zaman selagi tidak bercanggah dengan Syariat. Apakah kita merasa selesa berdebat dan bertikam lidah mengatakan itu konservative, itu bid'ah dan sebagainya sambil dalam masa yang sama masyarakat diambang keruntuhan budaya? Adakah kita akan terus menyusahkan masyarakat di waktu mereka jauh terpesong dari Islam? Apakah prinsip kita dalam menyeru manusia? Tepuk dada tanyalah iman.

wallahu'alam