Google

Sunday, November 22, 2009

Game Facebook untuk orang bodoh

Game Facebook - Mafia Wars, Farmville, Reataurant City - dengan mengejut telah menjadi alat efektif untuk mengubah haluan para pembuang masa diantara jutaan hubungan sosial. Lebih dari 63 juta manusia bermain Farmville. Dan sekarang tudingan menyerang game-game tersebut bahawa ia boleh membawa pemain-pemain yang mudah tertipu, tidak kira orang dewasa yang berfikiran waras, kanak-kanak kepada scam internet, terutama bagi yang mempunyai telefon bimbit dan kredit kad.

Bagaimana ia bekerja? Anda menyertai Farmville, satu game dalam Facebook yang mana anda boleh membangunkan kebun maya dengan penanaman hasil bumi dan penternakan. Melalui usaha anda, anda memperoleh duit maya, akan tetapi untuk bertani dengan lebih efisyen dan cepat, anda juga boleh melabur wang tunai sebenar (melalui PayPal atau Kad Kredit) untuk membeli barang-barang secara maya, seperti biji benih atau traktor. Jika anda tidak mempunyai wang sebenar untuk membeli, yang mana benda tersebut memang tidak wujud pun, anda boleh memilih untuk terima tawaran kerja dari salah satu dari pengiklan dalam site game tersebut dan dapatkan duit maya sebagai balasan.

Tawaran ini, secara umumnya dalam arena perniagaan disebut, akan beri pada anda duit biji benih/traktor sebagai balasan untuk sign up. Sebagai contoh, subscrib untuk Netflix atau Kad Kredit. Tapi bagi pengilkan-pengiklan yang amat teliti memikat pemain dengan tawaran untuk menyertai survey tipu atau IQ test. Bila selesai, mereka akan minta nombor telefon untuk hantar keputusan. Bila anda masukkan nombor telefon dan buat password anda telah dengan bodoh dan tidak sengajanya mendaftar kepada perkhidmatan yang anda tidak pernah mahu dan masuk ke bil anda. Jika anda seorang budak, bil misteri itu akan masuk ke bil telefon mak bapak anda.

Bagi kita orang Islam, Internet scam bukan masalah utamanya. Tapi masalah kita adalah dengan perkataan buang masa dan sia-sia. Dipersilakan bagi sesiapa untuk mengemukakan kebaikan bermain farmville atau mafia wars? Kita hanya berbangga jika level kita tinggi, dan berjaya mengalahkan musuh, yang mana jika dilihat dalam-dalam memang langsung tiada makna.

Nak kata bodoh, keluar masuk universiti. Dah ada ijazah nak master lagi. Tapi kenapa macam orang bodoh...

7 comments:

ummu_abdullah said...

Kuasailah media dengan terus meneroka bidang ini, kelak kita dapat dominasinya.

Islam akan terus berkembang walau tanpa facebook, namun Islam makin dihina jika tidak menguasai facebook

Buang masa dan buang duit dengan perkara yang tidak berfaedah, memang memalukan diri di hadapan allah.

RJP'ian said...

salam.

teruskan usaha anda mengkritik.. saya tertarik untuk memberikan komen kerana saudara menggunakan perkataan "orang Islam" didalam karangan anda.

tapi alangkah baiknya jika anda mendalami dulu permainan yg disebutkan itu supaya tidak tersilap fakta dan menimbulkan sedikit perselisihan faham.
mmg benar kebanyakan permainan dalam facebook ada menawarkan lebihan 'coin' jika dibeli menggunakan paypal atau kredit card. boleh juga jika menjawab soalan2 survey.

saya juga bermain permainan itu dan saya jugak lepasan universiti malaysia. dan tidak pernah pula saya dan beberapa rakan yg ditanya samada pernah membeli 'coin' yg ditawarkan melalui pembayaran tunai. mungkin juga kami ini bodoh seperti mana yg saudara katakan itu, walaupun saya tak rasa ada antara kami pernah melakukan seperti yg dinyatakan.

mintak saudara untuk membuat sedikit kaji selidik jika ingin mengunakan kalimat "orang Islam".

sekian. terima kasih.

antamuSlim said...

saya menggunakan orang Islam kerana saya adalah orang Islam. orang kafir x akan baca blog saya ni. rakan-rakan saya kebanyakannya Islam. Kalau orang kafir main facebook peduli apa saya. Itu depa punya pasal.

Yang saya peduli adalah umat Islam sendiri. Tidak salah rasanya kalau saya spesifikkan kepada orang Islam.

Di akhir post ada saya quote, coin bukan masalah. Tapi amal tabdzir yang masalah. Sia-sia dan buang masa. Saya spesifikkan orang Islam kerana Islam sangat mementingkan masalah tabdzir ini.

Anonymous said...

Salam.. sedikit kurang senang dengan perkataan 'bodoh' yang anta lontarkan..

Bukankah anta juga mempunyai akaun facebook? Dan bukankah anta juga pernah bermain game tersebut?

Ana tahu, kerana ana salah seorang rakan dalam facebook anta. Ana minta maaf jika tersilap. Tapi ana tidak berapa pasti adakah anta masih bermain ataupun tidak. Jika benar anta sudah berhenti, maka mungkin tindakan itu wajar. Tapi, jika anta masih bermain, tapi pada masa yang sama anta mempublishkan post seperti ini, anta patut fikir semula tindakan itu. Jika masih bermain, maka wajarlah anta berhenti dengan segera.

Permasalahan buang masa dan game bukan sekadar dalam facebook semata. Bahkan, banyak lagi game2 yang melalaikan yang boleh kita main tanpa facebook pon. So, fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Maafkan ana jika komen ana di atas ini membuatkan anta terasa.

Ia sekadar peringatan. Jika anta sudah tidak bermain, maka itu adalah perkara yang wajar anta lakukan.

Wallahua'alam..

antamuSlim said...

saya tidak terasa walau sedikit pun. jadi saya takkan delete komen anda. nampaknya anda lebih melihat bahasa saya berbanding mengambil pelajaran. mungkin ini sikap kita yg harus dikikis. bila terkena batang hidung, langsung tuding jadi. ek eleh, kau pun buat, dia pun buat, apehal. kemudian jatuh menjatuhkan sesama sendiri.

Di dalam post saya tidak ada menyatakan yang saya tidak main. Bagaimana kalau saya katakan post di atas adalah untuk saya? Siapa yang makan cili, dialah terasa pedas. tak perlu tuding2 jari, kerana di akhirat nanti bukan tugas kita tunjuk kesalahan orang.

Kalau bodoh tu dianggap keterlaluan, tukar saja jadi kurang pandai. Kita membaca, kita yang menilai

Mr Evil said...

memang bangang siapa yang main games tu. kecik2 tak nak mampus, sudah besar menyusahkan diri sendiri.